Khamis, 16 Disember 2010

KISAH RUSA JANTAN DAN KIJANG JANTAN


Dalam sebuah hutan terdapat keluarga rusa dan kijang yang tinggal disitu, mereka hidup bersama-sama meragut pucuk kayu dihutan tersebut.Dalam kelompok haiwan tersebut diketuai oleh seekor rusa jantan yang mempunyai tanduk bercabang, dan keluarga kijang tadi diketuai oleh se ekor kijang jantan.
 


Pada masa rehat, rusa jantan ini selalu berbual-bual dengan kijang jantan disebuah tempat dipinggir hutan.Walaupun mereka sentiasa berkawan baik tetapi masing-masing suka bermegah dengan kebolehan  dan suka membandingkan kecantikan wajah masing-masing.Sang kijang selalu bermegah dengan warna badannya yang perang tetapi ia hanya mempunyai tanduk yang pendek.

 

Sang rusa pula bermegah dengan tanduknya yang panjang dan bercabang-cabang, baginya tiada binatang lain yang boleh menandingi tanduknya itu.Kemana sahaja rusa ini pergi ia selalu sahaja menunjuk-bermegah-megah dengan tanduknya.Sang kijang selalu sahaja menyimpan perasaan sedih kerana sang rusa selalu merendah-rendahkan dirinya.


Pada satu petang sedang kedua-dua binatang itu duduk berbual dibawah sebatang pokok yang mempunyai dahan yang banyak, seperti selalu mereka berbual-bual berkaitan dengan hal-hal kelebihan diri masing-masing.Sang rusa seperti selalu tidak mahu mengalah dan sentiasa sahaja menyerlahkan sikap egonya.Tanpa disedari semasa mereka berbual, mereka diperhatikan oleh seekor harimau yang lapar, setelah kedua-duanya leka maka sang harimau datang untuk menyerang, sang kijang dan rusa terkejut lalu cuba melarikan diri, tetapi malangnya tanduk sang rusa yang bercabang itu tersangkut pada dedahanan pokok menyebabkan ia mudah ditangkap dan dibaham harimau itu. Sang kijang dapat lari menyelamatkan diri.




~ cerita ini adalah rekaan tok wan sendiri sekiranya ada persamaan itu adalah satu kebetulan dan tidak disengajakan.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...