Ahad, 7 November 2010

KELUARGA KU


KAKAK SULUNG ~ HAJAH HASNAH BINTI HARUN



Gambar keluarga kakak ku Pn Hjh Hasnah bt Harun bersama suami Haji Md Saad B. Kasan dan anak-anak

Hasnah Harun telah dilahirkan pada 26.12.1956 di Kampung Jalan Paku, Bidor dan dipanggil dengan nama Senah oleh keluarga kami dan panggilan 'Atak' dari kedua adik perempuan ku dan sepupu sepapat yang bermaksud 'kakak' dalam bahasa pelat mereka semasa kecil.Merupakan anak dan cucu sulung dalam keluarga kami di Bidor.

Beliau telah memasuki sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bidor pada 1963 hingga 1969, dan melanjutkan ke Sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani, Bidor (Remove Class) 1970 hingga 1975 dan menyambung pelajarannya ke tingkatan 6 rendah 1976 di Kolej Tunku Khursiah, Seremban hingga ke tingkatan 6 atas pada tahun 1977.Beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia ketika itu (kini Universiti Putra), Serdang pada 1978 dan berakhir pada 1982.

Pada tahun berikutnya beliau telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya kini Md Saat Kasan berasal dari Johor yang mana sama-sama menuntut di UPM tetapi berlainan bidang.Beliau juga telah beberapa kali bertukar ke Sarawak mengikut suaminya yang bertugas sebagai Pegawai Pertanian disana dan kembali semula ke Semenanjong dan kakak ku kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Air Hitam, Johor.

Perkongsian hidupnya bersama suami dikurniakan 7 orang anak perempuan.Alhamdulilah anak-anak beliau semuanya berjaya, terdiri dari Pensyarah Universiti, Pegawai atasan Bank,Juru Perunding Arkitek, bakal doktor perubatan (masih belajar di universiti), 2 orang lagi masih belajar di universiti dalam bidang lain dan seorang masih lagi belajar di sekolah rendah.


ADIK KU ~ HAJI NAZERI BIN HARUN


Gambar adik ku Haji Nazeri B. Harun dan Famili
Dari kiri:Abdul Khaliq (anak ke 2), Abdul Azim(anak bongsu), Nor Amirah (anak ke 3) Hjh Rohani Yusof (isteri), Hj.Nazeri Harun, Abdul Qayyum (anak yg sulung)

Haji Nazeri atau lebih dikenali dengan panggilan keluarga dan teman rapat 'Aie ' telah dilahirkan pada 1.10.1960 di Kampong Jalan Paku, Bidor, Perak .Ketika umurnya sebulan bapa ku berpindah ke Kampong Padang masa itu, kemudian ditukar kepada Kampung Baru Jalan Sungkai, dan kini diberi nama Kampung Cegar, Bidor, Perak.Cucu kesayangan opah, kedua ibu saudara dan juga bapa saudara ku dimana beliau tinggal bersama arwah opah sejak dari darjah 3 hingga ke tingkatan 3 di Kampung Jalan Paku, Bidor.

Dikalangan anak-anak saudara memanggil beliau dengan panggilan Pak Itam, mungkin kulitnya gelap sedikit semasa kecil dahulu atau mungkin juga kerana panggilan pangkat dalam masyarakat orang Perak, yang lucu sepupu-sepupu memanggil beliau dengan panggilan abang ting-ting, kerana semasa mereka masih kecil adik ku ini suka mengisi masa lapang dengan bermain gitar kapoknya.panggilan tersebut masih digunakan hingga ke hari ini.

Beliau telah masuk ke Sekolah Kebangsaan Bidor dalam darjah 1 pada 1967 hingga 1973, dan masuk ke Sekolah Menengah Chong Hua Bidor pada 1974 Remove Class (Aliran Inggeris) masa itu ditempatkan disitu.Setelah tamat tingkatan 3 selepas LCE  beliau menyambung pelajaran ke tingkatan 4 pada  1978 di Sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani, Bidor sehingga tahun 1980 dan pada tahun 1981 menyambung pelajaran ke tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 atas, di Sekolah Menengah Buyong Adil, Tapah hingga 1982.

Pada tahun berikutnya beliau telah menyambung pelajaran ke Maktab Perguruan Bahasa (L.I) di Kuala Lumpur dan setelah berakhir belajar di situ beliau telah dihantar bertugas di Sekolah Menengah Dato' Permaisuri di Miri, Sarawak.Setelah beliau berkahwin dengan Puan Hajjah Rohani beliau telah ditukarkan mengajar di Sekolah Menengah Sungkai, dan beberapa bulan selepas itu isterinya pula bertukar dari Sarawak mengajar di Sekolah Menengah Chong Hua, Bidor, hinggalah sekarang.Selepas beberapa tahun beliau telah mengambil Pengajian Jarak Jauh dan memperolehi Ijazah dan kerjaya gurunya tetap di Sekolah Menengah Sungkai, hingga kini.

Perkongsian hidup Haji Nazeri dan Hajjah Rohani Yusof telah dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki dan  seorang anak perempuan.Anak yang sulung baru sahaja selaesai belajar di Pusat Pengajian Tinggi dan menunggu peluang untuk menyambung pelajarannya, anak yang kedua sedang belajar di Fakulti Undang-undang di UiTM, dan seorang di sekolah menengah dan yang bongsu masih di sekolah rendah lagi.

ADIK KU ~ ZENAH BITI HARUN


GAMBAR ADIK KU ZENAH BT HARUN DAN KELAURAGA
DARI KIRI KEKANAN ~ NUR NADHIRAH (ANAK SULUNG), RAHIM MOHAMAD (SUAMI), HAZRIL (ANAK KE 3), ZENAH HARUN, NAIM (BONGSU), AZRUL (KE 2~TAK HADIR)

Zenah Harun telah dilahirkan di Kampong Baharu, Jalan Sungkai, Bidor, sekarang dikenali sebagai Kampung Cegar pada 11.2.1965 pada sebelah petang.Zenah memang seorang anak yang kuat menangis dan tidak hairanlah beliau sentiasa jadi usikan adik beradik yang lain, sehingga kini pun Zenah suka menangis walaupun dalam keadaan suka ataupun sedih.Berbadan gempal dan tembam, maka itulah yang menjadi gelarannya sekarang 'bu' @ 'Tak Bu' panggilan adik bongsu ku kepadanya. 'Tak' itu adalah panggilan merujuk kepada 'kak'sebutan pelat semasa kecil sehinggalah jadi sebutan sampai kini.

Zenahlah pemecah tradisi dalam keluarga kerana memulakan persekolahannya dalam aliran Inggeris di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Bidor pada tahun 1971.Dari hari mula persekolahan beliau menangis dan ditunggu oleh ibu di luar kelasnya dan akhirnya ibuku turut sama belajar dan memahami sedikit sebanyak Bahasa Inggeris yang diajar dan ditutur oleh guru-guru sekolah tersebut.

Pada tahun 1976 beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah dan setelah tamat persekolahan di Tingkatan 5 tahun 1980 (SPM), beliau banyak membantu ibu ku membuat kuih dan kerja-kerja rumah disamping bekerja sambilan. Tidak berapa lama beliau bertemu jodoh dengan suaminya Rahim Mohamad dan telah menyertai Rancangan Felda Gunung Besout Sungkai.Beliau dikurniakan 4 orang anak (3 lelaki dan 1 perempuan)

ADIK BONGSU ~ ZALINA BINTI HARUN

GAMBAR ADIK BONGSU KU ZALINA BT HARUN DAN SUAMI MOHD JALIL B. JUMAAT

Zalina Harun telah dilahirkan pada 21.6.1967 di Kampong Baharu jalan Sungkai, Bidor dan kini dikenali sebagai Kampung Cegar, Bidor.Zalina adalah adik bongsu kami adik beradik dan sangat manja, al-maklumlah adik bongsu.Beliau memecah tradisi adik beradik kami yang mana beliau merupakan adik beradik yang pernah memasuki sekolah Tadika tidak seperti kami adik beradik yang lain, kerana tiada Tadika sebelum itu, kalau ada pun yurannya tidak termampu dibayar oleh ibu dan ayah ku kerana kemiskinan hidup.

Zalina mempunyai nama gelaran sendiri, dimana kakaknya Zenah dan arwah ayah, salah seorang ibu saudara kami  memanggilnya dengan nama sebutan Teylee sebab Zenah ini semasa kecil sebutannya pelat.Kami yang terdiri dari ibu, salah seorang ibu saudara , arwah bapa saudara,kakak, aku dan adik ku Nazeri memanggilnya Zeli, dan dia menggelar namanya dengan panggilan  Li, sahaja.Kalau disekolah dulu beliau dipanggil Lina, begitulah macam-macam panggilan, tapi orangnya sama. 

Zalina memasuki darjah 1 pada tahun 1974 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( I ), Bidor, Perak, dan memasuki sekolah menengah di Sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani Bidor pada 1980 hingga tamat Tingkatan 5/SPM hingga 1986,.Selepas peperiksaan beliau telah mengikut kakak ke Johor kerana membantu kakak menjaga anak-anak semasa kakak pergi mengajar.

Setelah beberapa tahun di Air Hitam Johor, beliau telah bertemu jodoh dengan Mohd Jalil bin Jumaat dan kini memperolehi 7 orang cahaya mata, 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan.Beliau adalah suri rumah tangga sepenuh masa dan sebelum ini beliau pernah berniaga jualan barang perhiasan, kerana anak-anak ramai maka beliau terpaksa berhenti berniaga demi menjaga rumahtangganya.







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...