Isnin, 8 November 2010

TITIPAN DARI SEBERANG


dari kiri: En Jafri Kolok (Kg.Ckt Banjar, Parit) Ibu Salamah Maksom, Ibu Badariah Maksom,Ahmad Harun (tw) isteri Pak Adil Effendi Maksom, Pak Adil Effendi Maksom,



Gambar kenangan ini dirakam semasa berkunjung kerumah Pak Adil Effendi di Kg Sg Sikambing, Medan, Indonesia pada 2.5. 1993 sayangnya aku tidak dapat bertemu Ibu Tupin Maksom di Medan Group Settlement yang tidak dapat dilalui ketika itu kerana jalan runtuh dan ibu Siti Mariyam(di Jakarta) semua adalah sepupu ibu.Dua keluarga yang sama tetapi berbeza negara.Maarof bapa ibuku adalah adik kepada Maksum yang memang berasal dari Medan.




makan malam di rumah Pak Adil
              


Maarof datuk ku bermastautin dan berkahwin di Bidor, tetapi keluarga Maksom kembali semula ke Indonesia setelah memperolehi kemerdekaan dari Jepun. Setelah terpisah lama maka aku sebagai cucu Allahyarham Maarof kembali semula ke tanah tumpah datuk ku itu.


bergambar di Istana Maimon, Medan




Aku mengucapkan syukur kehadrat Allah swt kerana aku dapat bertemu lagi dengan sebahagian keluarga datuk ku di Medan dan jutaan terima kasih ku  pada Allayarham bapak Shuib Maksom dari Jawa Barat ketika itu baharu sahaja bersara dari perkhidmatan Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Angkatan Laut).




bersama rakan-rakan dari Malysia di Istana Maimon, Medan




Beliaulah yang merintis jalan pertemuan ini dan sudi menjejaki kami di Perak sebagai menunaikan amanat Allahyarham bapanya untuk mencari keluarganya di Bidor.Bersusah payah Allahyarham ketika itu mencari keluarga kami hanya berbekal alamat lama dan tidak menyatakan bandar hanya nama Kampung dan negeri sahaja pada zaman pemerintahan British dan Pemerintahan Jepun dahulu.




Singgah sebentar di Simarjarunjung Parapat Untuk ke Brastagi


Pencariannya itu turut dibantu dengan nama air terjun Lubok Degong yang banyak membantu dalam pencariannya kerana Lubok Degong, Bidor memang agak terkenal pada masa dahulu dan masih dikenali namanya oleh orang ramai.




menyeberangi Danau Toba untuk ke Pulau Samosir




Dengan pertolongan dari Pihak Polis dan merisik khabar dari orang setempat maka diizin Allah pertemuan itu terjadi juga meskipun Pak Shuib ketika itu sudah hampir berputus asa mengesani keluarga kami di sini.Jasa baik Allahyarham Pak Shuib akan diingat dan dikenang kerana dialah maka keluarga kita dapat bersatu dan bertemu semula, dan dorongan dialah maka aku berkunjung ke Medan dan saudara ku yang berada di Medan berkunjung pula ke Bidor menautkan semula ikatan saudara yang telah lama terputus.Namun hasrat ku untuk ke Jawa Barat kerumah Pak Shuib terhenti kerana Pak Shuib meninggal dunia sebeleum sempat aku bertandang ke rumahnya.Semoga roh Allahyarham Pak Shuib dicucuri rahmat.


Di Hotel Guandaling Brastagi
               


Terima kasih pada Zulham Yahya, Abd Rahman, ibu Badariah dan semua sekali yang sudi menyambut kedatangan ku di Medan.Terima kasih juga kepada Pak Adil, isteri dan anak-anak serta Ibu Salamah Maksom serta anak-anak yang sudi menyambut kehadiran ku.


Di Pulau Samosir




Terima kasih juga kepada ibu Badarariah, Dewi Yahya, Juli , Zulkifli, Umi dan anak-anak kerana telah sudi datang ke Bidor mengunjugi kami begitu juga menantu ibu Badariah Aziz yang pernah berkunjung ke sini. Sudah sekian lama kita tidak bertemu dan berkirim berita.


Di Berastagi


Terima kasih kepada semua yang masih bertitip salam, dan diharap semuanya dapat mengutus berita buat kami disini...Sekiranya ada kesempatan lagi, InsyaAllah ku akan menyusur kesana lagi untuk membawa perkhabaran sedih kerana buat masa ini ayahanda Harun dan Razelan telah kembali ke Rahmatullah dan ibu Sabtiah sedang uzur...


Jasa baik semua akan tetap dikenang..semoga tali persaudaraan ini takkan terputus lagi....



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...