Sabtu, 4 Disember 2010

GURU PENYULUH ILMU ~










Guru adalah orang yang memberi pengajaran dan pendidikan secara formal ataupun tidak formal.Pelajar merupakan orang yang memerolehi ilmu yang diajarkan oleh guru.Islam mengajar manusia  supaya menghormati dan memuliakan guru.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Muliakanlah guru-guru agama, kerana barang siapa memuliakan mereka, bererti ia memuliakan aku"
~(Riwayat Abul Hasan Al-Mawardi)~

"Muliakanlah orang yang kamu belajar daripadanya"
~(Riwayat Abul Hasan Al-Mawardi)~

Penekanan akhlak seorang pelajar kepada gurunya diambil perhatian dalam Islam agar ilmu yang diperolehinya mendapat keberkatan serta ilmu itu dapat memberi bimbingan kepada jalan yang benar dan memperolehi kejayaan dunia dan akhirat.Pelajar juga perlu memelihara peradaban dan tingkah laku, percakapan, pergaulan dan sebagainya dihadapan atau pun dibelakang gurunya.

Guru adalah orang yang mulia.

Kemuliaan guru adalah kerana pekerjaan mengajar serta mendidik serta kealiman dan kepandaiannya, dimana Rasulullah SAW dalam hadith-hadithnya menerangkan bahawa orang alim adalah pewaris para Nabi. Kelebihan orang alim atas orang yang beribadah seperti bulan purnama diantara sekelian bintang-bintang.Bahawa kematiannya juga satu kabilah dipandangnya lebih ringan daripada meninggalnya seorang yang berilmu pengetahuan.Memelihara akhlak dan menghormati guru mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW:

"Barang siapa memuliakan orang alim, bererti memuliakan Tuhannya"
~(Riwayat Abul Hasan Al-Mawardi)~

Guru adalah orang yang sangat berjasa.

Pekerjaan guru adalah menyampaikan ilmu, dimana ilmu ini amat penting dalam kehidupan manusia.Ilmu pengetahuan jugalah yang menjadikan kehidupan manusia didunia lebih maju dan manusia mempunyai peradaban yang tinggi.Manusia juga boleh menduduki berbagai kedudukan yang mulia dan terhormat dengan ilmu yang diperolehinya dari guru.Nasib manusia diakhirat juga ditentukan oleh ilmu pengetahuannya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Siapa yang mengkehendaki dunia, wajib ia mempunyai ilmu, siapa yang mengkehendaki akhirat, wajib mempunyai ilmu, dan siapa yang mengkehendaki dunia dan akhirat kedua-duanya, wajib juga ia mempunyai ilmu"





suntingan dan petikan ~




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...