Ahad, 13 Februari 2011

PENGENDALIAN MESYUARAT





Mesyuarat:

Mesyuarat adalah satu perhimpunan kumpulan ahli sebuah pertubuhan/persatuan untuk menyatupadukan gabungan idea demi memenuhi matlamat pertubuhan/kumpulan serta membincang, menyelesaikan masalah, mendapat keputusan serta merancang sesuatu kegiatan untuk menafaat pertubuhan/persatuan, ahli tadbir mesyuarat dan juga ahli-ahli yang berada dibawahnya.

Tujuan Mesyuarat:

Mesyuarat bertujuan mendapatkan buah fikiran, nasihat, perlaksanaan perancangan dasar, aktiviti dan program.Dalam mesyuarat juga dapat menyelesaikan sebarang tugas serta pelbagai isu yang timbul dalam sesuatu organisasi.Pelbagai perkara dapat diselaraskan, penyatuan usaha perlaksanaan aktiviti/projek/program serta mengawal selia dan penilaian kegiatan organisasi dari semasa kesemasa.Disamping itu juga mesyuarat juga boleh menyebar sebarang maklumat, program baru, membuat sebarang perubahan dan keutamaan tugasan yang baru.

Penekanan dan Perhatian Mesyuarat:

Dalam mesyuarat kehadiran Ahli Mesyuarat adalah penting untuk mendapatkan sebanyak mana sesuatu isu, perancangan, matlamat dapat disuara dan didengar dan satu keputusan boleh diambil tindakan kepada mereka yang telah dipertanggungjawabkan.Masa dan tarikh untuk mesyuarat amat diperlukan mengikut ketetapan jadual dan agenda.Keperluan masa bermesyuarat biarlah jangan terlalu panjang kerana membazir masa dan penumpuan terhadap mesyuarat akan lebih berkesan.Mesyuarat yang baik menghasilkan suatu keputusan yang baik dan teratur, dibuktikan pula dengan adanya catatan minit mesyuarat.


Rumusan Cara Pengendalian Mesyuarat:


Memulakan perbincangan mesyuarat dan mengadakan perbincangan secara yang teratur, dan menggalakkan penglibatan semua ahli dengan pemikiran yang kreatif dan kritis.Menggalakkan komunikasi yang jelas, hubungan kerjasama, membina dan memupuk semangat kelompok dikalangan ahli serta kesepaduan dalam mesyuarat.


Kesimpulan:


Tidak ada sesuatu aktiviti yang dianjurkan akan sempurna perjalanannya tanpa adanya mesyuarat.Segala aktiviti yang sempurna memerlukan perjalanan mesyuarat yang baik dan memerlukan Pengerusi, Seyiausaha dan Ahli Mesyuarat yang profesional.Semua permasalahan dapat diselesaikan khususnya dalam mesyuarat.Jangan segan atau ingin menjaga hati rakan lain sehingga terpaksa meluahkan perasaan tidak puas hati diluar mesyuarat.Mesyuarat boleh menimbulkan permasalahan lain sekiranya ahli tidak bijak mengambil kebaikan daripada mesyuarat.



 petikan dan suntingan ~


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...