Ahad, 13 Mac 2011

TERIMA KASIH KEPADA YANG MENITIP SELAMAT HARIJADI KU YG KE 53 TAHUN PADA 10.3.2011



Kini usia ku telah pun mencecah ke 53 tahun pada 10.3.2011 yang lalu, walaupun setahun ketika menyambut hari lahir ku yang ke 52 tahun bagikan baharu saja  berlalu namun tidak terasa hari-hari menjejak ke usia ini, Waktu terlalu berlari pantas meninggal hari-hari dibelakang.Namun segala kenangan yang ditinggalkan sedetik demi sedetik, sehari ke sehari, bulan demi bulan, hinggalah setahun, bagaikan masih lagi bermain dan terbayang diruangan mata dan minda.

Mengimbas kenangan ditahun lalu diusia 52 tahun terlalu banyak kenangan yang menarik, indah dan beranika warna kerana pada usia itu aku telah dapat bertemu sahabat-sahabat dan kawan-kawan sekolah ku di hari perjumpaan bekas pelajar sekolah, majlis berbuka puasa, sambutan hari raya dan perjumpaan dijemputan perkahwinan anak-anak sahabat bekas pelajar Sekolah Menengah St. Michael, Ipoh serta ziarah menziarahi sahabat handai.

Namun begitu saat yang manis ketika hari jadi yang ke 52 tahun, adalah sambutan hari jadi ku yang telah dilakukan oleh anak-anak ku secara tiba-tiba meskipun harijadi ku telah berlalu beberapa hari.Sebenarnya aku tidaklah begitu menitik beratkan sambutan hari jadi, hanya setakat mengingatinya dan berlalu begitu sahaja.Akan tetapi harijadi ku yang ke 53 tahun ini aku rasa begitu bahagia dan indah kerana menerima ucapan yang begitu ramai yang terdiri dari anak-anak, keluarga dan sahabat handai.

Aku juga tidak melupakan ucapan tersebut dan ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana kesudian semua memberi ucapan selamat harijadi kepada ku secara lisan, telefon, pesanan ringkas dan melalui alam maya 'facebook'.Semoga tali kekeluargaan dan persaudaraan kita akan lebih erat dan kukuh.Jasa baik semua akan ku hargai dan akan ku lipatkan dalam ingatan sanubari ku selagi hayat dikandung badan.Mudah-mudahan kita semua dipanjangkan usia dan dapat bertemu lagi dimajlis-majlis tertentu, Insya Allah.

Emmmmm.... inilah yang sering dibibirku sebelum mengeluarkan kata-kata, maka aku ingin memulakannya sekali lagi !..emmmm pada hari ini 10.3.2011 maka genaplah usiaku yang ke 53 tahun, Alhamdulilah dipanjangkan Allah lagi usiaku, dengan kesihatan yang biasa dengan nikmat anugerah Allah jua dapat aku melihat lagi sinar mentari dan merasai nikmat malam.Aku tetap mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah serta Insya Allah masih cekal melalui jalan-jalan liku dunia seharian yang begitu mencabar serta menuntut kekuatan hati merempuhnya.

Aku tetap aku mengikut acuan dan hala sendiri tanpa lari dari garis dan ketetapan haluan hidup ku.Aku amat gembira disamping isteri, anak-anak dan masih lagi bersama kawan-kawan dan sahabat handaiku.Bagiku kalian semua adalah bahagian jiwa ini meniti usia senja ku kini.Hidup seharian ku adalah biasa-biasa sahaja tidaklah terlalu mewah dan tidaklah semiskin hina, aku berpegang pada prinsip hidup yang sederhana.Meskipun aku kurang berharta serta tidak berpangkat tinggi namun aku berbangga mempunyai sahabat handai yang baik tanpa mengira pangkat, darjat dan ukuran kekayaan, inilah nilai aset ku yang paling berharga didunia ini.

Dengan kehadiran tarikh keramat ini aku berdoa kepada Allah agar hidup ku bersama anak-anak, keluarga serta sahabat handai akan lebih bahagia serta aku berdoa agar kesihatan ku dan kalian semua sentiasa berada didalam sihat untuk kita hadapi hari-hari mendatang supaya kesejahteraan dan kebahagian ku ketika berpijak di bumi nyata ini akan lebih bersinar dan damai.Sememangnya aku terlalu berbangga mendapat sahabat handai yang sentiasa mengambil berat dan setia dalam persahabatan.Selagi darah mengalir ditubuh, nadi masih berdenyut, fikiran masih waras, sahabat handai, rakan dan taulan adalah sebahagian dalam jiwa ini dalam meniti usia senja.....

Tiada yang istimewa dalam hidupku semasa hari lahir ku yang ke 53 tahun pada 10.3.2011, tiada sambutan apa-apa, aku melaluinya seperti hari biasa cuma aku sedikit berbangga kerana menerima ucapan selamat hari jadi dari anak-anak, sahabat handai, baik di pejabat, jiran tetangga dan melalui alam maya.Itu sudah amat mengembira dan membanggakan aku dibandingkan dengan hari-hari biasa, namun begitu sesuatu yang menyedihkan hatiku pun ada kerana seorang insan yang terlalu hampir dengan ku buat tak tahu, tak kisah, dan tak endah langsung terhadap ku, namun tak apalah aku terima keadaan itu dengan sabar dan sedikit keciwa.Apalah yang hendak dikatakan.

Biarlah aku simpan segala yang terbuku dihati ini untuk seharian ini.Kebiasaannya tepat jam 12.00 pagi setiap tarikh 10.3, setiap tahun sekurang-kurangnya aku menerima pesanan ringkas, namun tahun ini, ucapan yang ku harapkan langsung tiada, membuat hati ini begitu sayu,sedih dan pilu, kenapa terjadi begini tidaklah aku tahu. mungkinkah lupa, adakah aku sudah tidak diendah dan dihargai lagi, sehinggakan langsung tiada terkenangkan harijadi ku, ohhhh sedihnya.Apakah salahnya diri ini hingga diperlakukan sebegini, mungkin kah sebagai menunjukkan ketidak puasan hati, memberontak atau pun sudah berubah hati, entahlah.

Aku tidak mungkin membalas dendam kerana aku adalah aku yang akan dan sentiasa menghargai hati dan perasaan orang lain, terutamanya mereka yang terlalu rapat dengan ku.Biarlah aku seorang sahaja yang diperlakukan sedemikian walaupun hati kecil ini menangis.Hanya anak-anak dan sahabat handailah yang menjadi penawar ku dihari aku menjejaki usia 53 tahun dan berlalu seharian hinggalah berakhirnya hari yang aku rasa bersejarah ini.

Aku dengan rasa rendah diri mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi mengucapkan selamat hari jadi untuk ku, dan jasa baik semua yang terlibat akan ku kenang dan ku junjung tinggi, mudah-mudahan diri kalian semua jua akan diberkati dan dirahmati Allah.


    
Owh Mat pun dan lepas hari lahirnye, ingat Lan aje. Selamat hari lahir sahabat ku moga kita terus diberi petunjuk dan keberkatan...

 
Faridah Hasan
Congratulations Ahmad
I hope you have a great birthday.
Best wishes, Faridah Hasan
Hepy besday, tw. Semoga tokwan sihat dan gembira selalu. Lewat wish, sibuk ckit, tak sempat nak on9.



Norfasila Shafie
Congratulations Ahmad
I hope you have a great birthday.
Best wishes, Norfasila Shafie
hEpy bufday tw...smoge tw hEpy slalu..amin :-P



Haslita Hassan
Congratulations Ahmad
I hope you have a great birthday.
Best wishes, Haslita Hassan


selamat hari lahir buat en. ahmad harun...
"lompat si katak lompat
lompat lah tinggi-tinggi
apa yang cik mat dapat
untuk hadiah hari jadi".......



Shamsuddin Hassan
as salam.....slmt ari jadi yop.....moga pjg umo, mrh rezki & dirahmati Allah amin....



Rabihah Rahim
Congratulations Ahmad
I hope you have a great birthday.
Best wishes, Rabihah Rahim



Zainudin Ramli
selamat menyambut ulang tahun ke 53 moga2 apa yg dilakukan mendapat keberkatan, dilimpahkan rezeki dan sentiasa di beroleh kesejahteraan dan kesihatan yg baik



Tajol Ariffin Omar
hari ni bz skit,baru sempat bukak FB....Selamat ulangtahun kelahiran,semoga dilimpahkan rezki melimpah ruah dan sentiasa dalam keRahmatan Allah.........



Nadia Mastura Kamil
tok wan!!!!! happy besday to u..may ALLAH bless u....happy always....amin..(^^,)



Abdul Khaliq Nazeri
Selamat hari lahir anyah. semoga panjang umur murah rezeki.



SHuhur Azizuddin
tok wan selamat hari lahir..moga panjang umur murah rezeki,,



Norazizi Jamaluddin
Selamat hari lahir abg Ahmad Harun...semoga sihat dan bahagia selalu...



Hafizah Munirah
selamat hari lahir tokwan....semoga pnjg umur dan di murah kan rezeki amin



Mohamad Saadon Haron
Selamat hari lahir tw........ceria selalu.



Muhamad Nasiruddin Bin Yahya
Selamat harilahir untuk tokwe tersayang inilah contoh pengakra ban yang terjalin di alam maya...rasa kenal betul dengan tokwe..semuga mendapat keredaan Nya



Zabri Abd Aziz
Assalamu'alaikum TW..selamat menyambut hari ulangtahun yg ke 53 ..semoga sehat dan ceria selalu serta di murahkan rezeki dan di berkati allah..amin



Zuraida Bt Jaafar
eppy bufday tw... stay healthy n happy forever...



Sarah Baniamin
Happy Birthday Che Mat.. Semoga sejahtera & dlm rahmatNya sentiasa.



Dinie Shuhaimi
sy mewakili keluarga ahmad shuhaimi mengucapkan selamat hari lahir kpd pakcik.. dharapkan pnjg umor..



Yusnaidi Bin Ahmad
Selamat Ulangtahun Kelahiran buat abang, semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dalam peliharaanNYA. amin...



Mushayri Harry
Selamat Hari Lahir TW..semoga dipanjangkan usia..murah rezeki..dipermudahkan dalam segala urusan dunia juga akhirat...insyallah...amin



Tasuki Kasbi
Salam dan Selamat harilahir buat sabahatku tw..
semoga diberi kesihatan yg berganda, keriangan, kemesraan bersama keluarga,murah rezekinya dan memperolehi kerahmatan Allah...



Rosli Sulaiman
Selamat harilahir.... moga ceria dan sukses selalu... horassss...!!!



Zulfli Saaid
epy bufday...



Reezan Jamal
salam TW......
Selamat harijadi.....
Moga pnjng umo....sentiasa sihat.
Dn murah rezeki.....



Arfah Syha-hiedha
epy bufday...



Zainol Abidin
salam. Selamat harijadi tw. Moga sihat dan rezeki yang berkat. Cepat cepat le dapat kan cucu.



Hairul Anuar Bin Harun
Salam, selamat hari jadi. semoga pjg umur & dimurahkan rezeki.



Zue Ina
Assalamulaikum en mat..
selamat hari jadi, semuga panjang umur & murah rezeki



Kamaludin Karmain
selamat hari lahir tok wan, seronok dan rasa bertuah dapat berkenalan dan berkawan dengan tok wan. Semoga persahabatan kita ni membawa kebaikan kepada kita semua. Ada ke nak buat kenduri kesyukuran sempena hari lahir hari ni



Roslan Khairuddin
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran. Semoga dilanjutkan usia dan dimurahkan rezeki serta diberkati Allah sentiasa.



Rashidi Manap
salam, happy birthday my friend..all the best to you in whatever things you do. Tak celebrate ngan Aziah ker? setahun hanya sekali...dam dam doom.



Azwani Zukefli
selamat ari lahir abg mat,semoga dipanjangkan umur n dimurahkan rezki..



Mud Ulu Chemor
ASSALAMMUALAIKUM TW mud ucapkan SELAMAT HARI LAHIR.. semuga TW perolehi kesihatan yang baik .. murah rezeki...bahagia disamping NW dan anak-anak serta medapat kesejahteraan didunia dan akhirat...



Shamsul Rahman
‎...salam....jenuh ler tw sehari-duwey ni.....d road 2 sucess is olways under construction....hepi burstdey....tw



Ariza Fattah Abd Rahman
Panjang umur murah rezeki....sihat tubuh badan hendaknya....all the best Bro...slmt ulangthn kelahiran.....semangat mesti kental...



Mohd Fazli Mat Doa
happy birthday tw!!!!



عمر ديون تشارلز هارون
Selamat Ulangtahun Kelahiran. Moga pjg umur serta murah rezeki. Insyallah.



Mohd Ridzuan Hamid
selamat panjang umo!


Mus Aida Mustapha
kiriman ucapan melalui video...
Oooooo...ok..ok.. sorry..lambat pick up.. antenna pendek.. hehe..Saya ada special gift untuk tw..kejap eh... :-D
 

Sharoom Salleh
Sharoom made you a cupcake for your birthday!




semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. 

Selamat ulang tahun tokwan...semoga diberikan perlindungan, dipelihara dan diberikan rahamat dan hidayah oleh Allah ..insyaallah

Semoga hidup anda diberkati Allah sentiasa..
 
Usia nan panjang ini adalah anugerah, pergunakanlah sebaiknya... agar kita sentiasa didekati-Nya dengan rahmat..
.
Hepi Besday TW... moga dikurniakanNya dgn kesihatan yg baik, murah rejeki dan di berkati selalu... aminnn

Imah Zak Amin Ya Rabbal Alaminnnnn....

Semoga bahagia selalu, Mad

selamat hari jadi...semoga usia dipanjangkan Allah dan kesihatan yg berkekalan...dalam diam tak diam kini umur saya pun sudah 51 tahun pada 8.3.11 yang lalu...di murah kan rezeki...Insyllh

slmt hri lhir TW..tpi msih nmpak muda..apa ada pada usia..yg pnting hati nurani kita n ksihatn sihat..

selamat hari lahir, semoga diberiNya kesihatan, kebajikan dan keberkatan...

appy bday tokwan..... moga2 shat & pnjng umur....dimurahkn rzki. amin..........

selamat hari jadi semoga panjang lagi umur sahabat....

Mohd Adnan Selamat Hari Lahir TW moga2 dengan umur dan rezki yg Allah swt beri kita akan menjadi hamba yg lebih bersyukur dan pemurah.

Selamat Hari Lahir sahabat.Sama-sama kita berdoa semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Nya

Selamat hari lahir diucapkan kpd TW, semoga digandakn rezeki dgn kesihatan yg wal afiat sentiasa...ade buat majlis makan2 ke..?

Selamat ulang tahun tahun yg ke 53.semoga diberi kesihatan yg baik dan murah rezeki bahagia sefamily...sama ropenye umor ngan kwn teman ni....hehe

Jazz Unmil
Saya mendoakan agar sentiasa sehat sejahtera n kaakrapaan hubungan yg kini terjalian adalah daya usha dari mu ~~~tk n teruskan

hasrat yg murni ini. Amin

ate betoi ke? insyaAllah semoga hidup kite terus berkualiti.. panjang umor dan murah rezeki.
Selamat Hari Jadi Ayah.. Semoga Allah panjangkan umur ayah dan dimurahkan rezeki..


Mie Ahmad
Mie Ahmad
selamat hari jadi yang ke 53 untuk ayah..semoga ayah di panjang kan umur dan dimurahkan rezeki..ngah sentiassa sayangkan ayah selalu..

Fifi Ahmad
Selamat ari jadi ayh...sm0ge panjg um0, dimurahkan rezeki n sentiasa gembire dlm id0p. pp rindu n syg ayh sgt2...
catatan :

Tw ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua insan, keluarga, sahabat handai, kawan, rakan dan taulan yang mengucapkan selamat hari jadi sehari lebih awal, diambang harijadi tw dan dihari kelahiran ini melalui lisan, telefon,dan alam maya sesungguhnya jasa kalian semua tidak tw lupakan dan semoga tali kekeluargaan dan tali persahabatan kita terikat kemas dan berpanjangan disanubari selagi detik nadi masih bergerak, nyawa masih dikandung hayat.Semoga kalian juga hidup sihat sejahtera, murah rezeki serta hidup kita semuanya sentiasa dirahmati dan diberkati Allah hendaknya.


INDAHNYA HARI INI ~ HARI MINGGU !



Ahhh...pagi ini cerah, rumput, dedaunan dan pepohon kayu masih lembab kerana siraman air hujan semalam dan kunjungan embun pagi dan kini mula hilang ditelan mentari.Bunga-bunga mekar berkembang senyum menggamit sang rama-rama, lebah dan kumbang riang mencari madu.Bayu bertiup nipis lemah gemulai menerjah dan menyegarkan dedaunan hijau dan menggoyang rerantingan pohon.

Awan nipis berarak lalu dibawa angin berpecah kesana kemari di langit nan biru.Mentari bersinar terang melimpahkan cahaya menambahkan ceria dan membawa keriangan burung-burung yang berterbangan di udara dan berkicauan diserata ceruk rimbun dan tumbuhan, riuh bermain sambil mencari makanan.Sesekali memikat pasangan bercumbu rayu di dahanan pohon.Ayam itik riuh mencari makanan di halaman sesekali anak-anaknya berlari berebut makanan.

Kaum ibu mula  menyidai pakaian yang dibasuh di ampaian, setelah siap lalu berkejar ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk anak-anak dan suami sambil bergurau senda usik mengusik menambahkan resepi berkasih bersama keluarga tercinta.Kaum bapa ada yang sedang mencuci dan mengintai-intai injin kereta, ada juga yang sedang bersiap-siap untuk ke pasar membeli barang-barang dapur untuk dimasak isteri, ada yang mengais-ngais sampah-sampah di laman agar kelihatan bersih, terdapat juga yang masih membelik-belik muka akhbar, sesekali tersenyum sendiri, entah apa yang menggelikan hatinya.

Anak-anak mula keluar rumah, berlari-lari bermain  bersama kawan-kawan menyambung permaianan yang tidak pernah selesai dari semalam dan hari-hari kelmarin.Suara jerit pekik, hingar bingar dan riuh rendah memecah kesunyian serta menambah ceria suasana hari.Sesekali terdengar tangisan anak-anak yang masih kecil di usik kawan.Suara bayi terdengar sayup kemungkin ingin dibelai manja ibu dirumah atau pun sedang lapar meminta susu.


Detik demi detik berlalu berlari lancar menuju rembang, petang, senja dan malam, entah apa akan terjadi diwaktu mendatang, entahkan cerah entahkan hujan belumlah pasti.Begitulah suasana hari ini dihari minggu, semoga hari ini adalah hari yang baik dari  kelmarin dan hari esok pula diharapkan lebih baik dari hari ini.



   



Khamis, 10 Mac 2011

11.3.2011 SELAMAT HARI JADI KE 53 TAHUN UNTUK SAHABATKU ROSLAN KHAIRUDDIN


Pada hari ini 11.3.2011 maka genaplah usia 53 tahun sahabat ku Roslan bin Khairuddin.Aku telah mengenali Roslan sejak tahun 1971 lagi ketika itu kami mula memasuki Rancangan Khas di St. Michael Institution, Ipoh dan tinggal bersama-sama ku di Asrama Sekolah Tuanku  Abdul Rahman , Ipoh selama setahun dan kemudian berpindah ke Asrama Jalan Tambun/Jalan Watson, Ipoh.



Kami berada dalam kelas yang sama pada tahun 1971, kemudian berpecah kelas sehinggalah ke tingkatan empat pada tahun 1975 kami diletakkan semula bersama sehinggalah kami menamatkan tingkatan lima pada 1976, Selepas  tamat MCE kami terpisah seketika kerana Roslan meneruskan pengajiannya di Institut Tekonologi Mara (UiTM) di Shah Alam, dan aku memasuki alam pekerjaan.





Namun beberapa tahun kemudian kami bertemu semula untuk beberapa kali semasa Roslan bekerja di salah sebuah Bank di Jalan Yang Kalsom Ipoh dan kemudiannya pertemuan kami di CIMB Bank Kampar.Oleh kerana pertemuan itu kami telah berusaha untuk mengumpul kembali kawan-kawan lama dan akhirnya pertemuan besar-besaran dapat diadakan pada 17.7.2010 di Sekolah St. Michael, Ipoh.Saudara Roslanlah yang memulakan langkah ini serta memegang jawatan Pengerusi Grup Rancangan Khas St. Michael, Ipoh hingga sekarang.



Atas daya usaha beliau dan kerjasama dari sahabat-sahabat lain, telah merapatkan semula bekas-bekas pelajar Melayu dan Islam St. Michael., Ipoh.Namun begitu usaha beliau, aku dan beberapa sahabat yang lain tidak putus di situ, kami tetap berusaha mencari sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang lain yang masih belum dapat dihubungi dan masih terpisah agar dapat menautkan semula kasih sayang dan menyambung tali persahabatan yang telah sekian lama terjalin.





Akhirnya dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 53 tahun, semoga saudara Roslan panjang usia, murah rezeki, bahagia disamping keluarga tercinta dan semoga Allah sentiasa merahmati, memberkati dan meredhai setiap usaha yang dilakukan.


     

Rabu, 9 Mac 2011

SELAMAT HARI JADI ABANG NGAH ~ MUHAMAD HIDZAMI BIN AHMAD 9.3.2011 (24 TAHUN)



Ayah ingin mengucapkan selamat menyambut harijadi buat abang ngah, Muhamad Hidzami bin Ahmad, anak ayah yang kedua, sudah jadi orang muda anak ayah !.Masih terbayang ayah menyingkap kisah tabir 24 tahun yang lalu pada 8.3.1987 ketika waktu hendak tidor emak sakit perut hendak melahirkan yang tidak sempat lagi menanti 10.3.1987 bersamaan sambutan hari lahir ayah.Setelah emak terasa sakit ayah terus sahaja memanggil bidan kerajaan di Kampung Blanja Kiri ditengah malam iaitu Allahyarhamah Bidan Anum dan Bidan kampung Allahyarhamah Wan Cu Ipah.


Menurut kata bidan kerajaan dan bidan kampung itu emak tidak perlu dibawa kehospital kerana paduan pendapat mereka emak sudah hampir melahirkan.Sebelum masuk waktu subuh 9.3.1987 maka terdengarlah suara tangisan bayi kecil yang baru lahir ke dunia, terdengar ayah suara bidan Anum dan Bidan Wan Cu Ipah menyambut kelahiran bayi itu dengan selawat serta terpacul dimulut Bidan Anum yang menyatakan anak jantan lagi,.




Maka hati ayah berasa amat lega setelah mendengar suara tangisan dan melihat abangngah setelah disiap kemaskan begitu sempurna tanpa kecacatan dan emak  juga tiada masalah selepas kelahiran abangngah.Alhamdulilah semasa atuk (bapa emak) balik dari sembahyang subuh bersama imam Cikgu Musa terus sahaja singgah kerumah lalu mengazan ketelinga bayi tersebut.Setelah semuanya usai ayah terus sahaja memberitahu perkhabaran berita ini kepada opah, Allahyarham Atuk di Bidor serta keluarga emak yang kemudiannya datang berkunjung.


Selang sehari dua ayah pun mendaftar kelahiran abang ngah di Balai Polis Parit dengan nama Muhamad Hidzami yang telah ayah dan emak berpakat sebelum itu tanpa apa-apa pindaan.Dari sehari kesehari abang ngah membesar sehinggalah kini abang ngah sudah pun berusia 24 tahun, sudah dewasa semuanya anak-anak ayah tanpa disedari hari-hari yang berlalu meninggalkan kenangan lama bagaikan baru semalam saja jelmanya.



Dikesempatan ini ayah mengucapkan selamat menyambut hari jadi buat abang ngah , semoga panjang umur dan murah rezeki.Seperti anak-anak yang lain ayah sangat menyayangi semua anak-anak ayah tanpa ada perbezaan kasih sayang, kasih ayah sama rata semuanya.Terima kasih juga pada abang ngah serta anak-anak ayah yang lain kerana tabah, sabar bersama menghadapi liku-liku kesusahan ayah membesarkan anak-anak tanpa sebarang kemewahan.Namun begitu pengalaman yang kita semua terima ini amat bernilai dalam mengukuh jati diri dan semangat juang merempuh alam hidup yang serba mencabar.Ayah tahu abang ngah mampu berdikari secekal hati ayah menempuh , merempuh ujian dan dugaan dalam kehidupan yang mencabar.


    




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...