Sang bangau dan sang gagak memang bermusuhan dari dahulu kerana sang bangau tersimbah pewarna hitam kebadan burung gagak.Oleh kerana itu gagak sentiasa sahaja diejek oleh bangau kerana warnanya yang hitam dan gelap.Permusuhan diantara kedua jenis burung ini tidak dapat dielakkan dan selalu berlaku pertempuran diantara keduanya diudara.Sang gagak memang iri hati pada bangau kerana mempunyai bulu yang putih dan bersih. Oleh kerana itulah sang gagak sentiasa merasa dengki dan berdendam pada bangau.Ada sahaja benda yang hendak dilakukannya untuk menganggu bangau.
Pada satu hari sang gagak telah pergi ke sarang bangau diatas sebatang pokok yang tinggi ditepi sebuah tasik, setelah didapati bangau tiada disitu, sang gagak telah memakan semua anak-anak bangau disarangnya, serta merosakkan sarang sang bangau supaya sang bangau tidak lagi sombong dan berani mengejeknya lagi.
Sedang gagak itu berlegar-legar di situ, tiba-tiba sang bangau kembali ke sarangnya dan apabila sampai di situ didapati sarangnya telah jatuh ke tanah dan dipenuhi darah anak-anaknya.Maka sang bangau terasa amat marah dan ia terbang lalu hinggap di sebatang pohon yang tinggi.Di situ ia meninjau kawasan sekelilingnya.Terkejut sang bangau apabila ternampak sang gagak sedang menghabiskan sisa-sisa daging anaknya di bawah sepohon pokokDengan tidak membuang masa lagi sang bangau mengejar gagak durjana itu, lalu berlakulah pertempuran dahsyat di udara diatas muka sebuah tasik.
Kedua-dua sang bangau dan sang gagak berganyang dan bergelut akhirnya tanpa disedari mereka sudah hampir kepermukaan air tasik, seekor buaya tidak melepaskan peluang lalu menyambar kedua-duanya.Maka pada hari itu buaya tersebut dapat menikmati bangau dan gagak sebagai pengalas perutnya.Begitulah kesudahannya, oleh kerana dendam dan pergaduhan mereka yang tiada berkesudahan berakhir dengan maut.
~ cerita ini adalah rekaan tok wan sendiri sekiranya ada persamaan itu adalah satu kebetulan dan tidak disengajakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan