Khamis, 16 Disember 2010

SANG SINGA RAJA RIMBA YANG TAMAK


Pada zaman dahulu singa adalah raja rimba yang digeruni oleh semua binatang kerana bengis dan kuat.Di sebuah pulau yang didiami oleh pelbagai jenis antaranya harimau belang, harimau bintang, dan pelbagai jenis harimau yang lain dengan bilangan yang banyak jika dibandingkan dengan jumlah sang singa.Sang singa adalah raja dan pentadbir dipulau itu dimana hulubalang dan pembesarnya adalah dikalangan singa-singa yang kuat.Pelbagai jenis harimau ini walaupun bilangan mereka banyak tetapi mereka tidak bersatu, jadi mudahlah sang singa melakukan pelbagai perkara yang menyusahkan harimau disitu.Makanan yang ada dipulau itu hanyalah arnab.


Di pulau itu juga terdapat hanya sebuah kolam air yang menjadi sumber air minum untuk singa, pelbagai jenis harimau dan arnab.Arnab yang tinggal di pulau tersebut memang banyak dimana anablah yang menjadi bahan makanan kepada binatang pemangsa di situ.Setiap kali harimau-harimau yang hendak minum dikenakan seekor arnab setiap kali minum air di kolam tunggal itu.


Sang singa terasa seronok kerana tidak perlu berburu lagi kerana makanannya selalu diberi oleh harimau setiap kali hendak minum.Lama kelamaan sang singa berasa tamak dan rakus kerana ingin memakan arnab dengan bilangan yang banyak setiap hari, lalu dikenakan syarat baru kepada semua harimau agar memberikan mereka tiga ekor arnab setiap kali hendak minum dan pertambahan akan dilakukan ikut suka sang raja rimba tersebut.


Semua harimau terasa sukar untuk mendapatkan air kerana syarat baru yang dikenakan keatas mereka oleh raja rimba tersebut, bukan senang utuk harimau-harimau ini memburu arnab yang lincah menyembunyikan diri, adakalanya harimau-harimau ini hanya mendapat beberapa ekor arnab sahaja tetapi terpaksa memberi sang singa , adakalanya mereka tidak mendapat sebarang rezeki untuk makan kerana terpaksa menyerahkan arnab-arnab yang diburu demi untuk membasahkan tekak mereka menghilangkan kehausan.Begitulah sifat tamak sang singa ini mengenakan syarat-syarat baru setiap kali, tanpa mengira kepayahan pelbagai jenis harimau disitu.


Semua harimau-harimau yang terdiri dari pelbagai jenis di pulau itu tidak tahan lagi dengan syarat baru yang dikenakan oleh sang singa lalu mereka mengadakan perbincangan diantara mereka secara sembunyi dari pengetahuan sang singa.Maka mereka telah berpakat untuk bersatu menyaingi sang singa kerana bilangan mereka yang banyak.Sekiranya mereka bersatu sudah tentu sang singa ini dapat dikalahkan.


Maka pada satu hari terjadilah perkelahian dan pertempuran diantara sang singa dengan pelbagai jenis harimau di pulau tersebut yang menyebabkan banyak kematian dan kecederaan kepada kedua-dua belah pihak.Oleh kerana bilangan sang singa tidak banyak maka sang singa terpaksa menerima kekalahan dan berakhirlah kekuasaan sang singa di pulau itu, kemenangan berada dipihak pelbagai jenis harimau.Selepas kejadian ini  sang singa tidak berani lagi pada harimau-harimau yang bersatu dan kesemua binatang ini terpaksa mencari makanan sendiri dan minum dikolam tersebut dengan bebas.

~ cerita ini adalah rekaan tok wan sendiri sekiranya ada persamaan itu adalah satu kebetulan dan tidak disengajakan.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...