Dimana tanah tinggi, berbukit dan bergunung ganang, serta ditumbuhi pohon-pohon yang menyayup menjulang ke awan, berbatang kukuh, daun hijau merimbun, berdahan tegap dan bertajuk rendang, sesuailah untuk sang helang yang cantik, gagah, kuat dan garang menerjah angin terbang melayang hinggap dan bersarang.
Tidaklah sama dengan mu wahai sang gagak yang hodoh berwarna hitam tidak layak bagi mu untuk bertandang.Sedarilah rupamu yang buruk dan dayamu yang kurang itu tidaklah layak bagi mu setanding helang.Terbang mu tidaklah setinggi mana, nak berjuang menentang angin nanti patah pula sayap mu jatuh kecundang.
Maka carilah oleh mu wahai sang gagak pohon-pohon rendah, berdahan, beranting rapuh, berdaun usang di tepi-tepi hutan, rimba, bendang dan padang.Di situlah sesuai tempat mu untuk singgah, berteduh dan bersarang.Adakah sudi sang merak datang bertandang, jika datang pun bukanlah diri mu akan dipandang.
Begitulah nasib mu wahai sang gagak yang buruk, jika adalah sang helang memandang, diri mu akan di serang, baiklah saja jauh kau terbang, manakan sanggup daya mu menentang si helang , pasti dikau kecundang, serta ditimpa malang pedih, luka, sakit mengerang, mungkin juga nyawamu turut melayang.
BIARLAH PIPIT BERSAMA PIPIT
Seandai diri hanyalah pipit manakan sesuai untuk menyapa sang helang gagah perkasa, menyapa pun tiada sudi disahut malah kerlingan matanya hanyalah untuk mencari peluang menyambar untuk santapan kudapan sementara mendapat habuan lain yang lebih mengenyangkan.
Janganlah pipit hendak bergaya dan berlagak seperti helang mencelah angin, menduga angkasa, tiada mampu untuk mu turuti jejak sang helang tinggi di udara yang anginnya tidak termampu bagimu mengharunginya.Jika sanggup kau duga tentu kecundang kepatahan sayapmu kesakitan dan terdamparlah pula.
Ingatlah wahai sang pipit, biar saja kau terbang rendah sebanding dan setara dengan daya mu.Cukuplah sekadar hinggap dan singgah di pohon-pohon beranting rendah dan di pohon-pohon renek yang rimbun.Usahlah digapai bayang cita mu menerjah awan di langit tinggi kerana itu adalah hanya mimpi buatmu.
Tidak perlu untuk terbang jauh mencari rezeki segunung, cukuplah sekadar padi-padi berisi di bendang jika itulah yang termampu untuk kau perolehi.Cukup sekadar kau berkongsi bersama kawan-kawan kumpulan burung kerdil setaramu.Jika hasrat mu bekawan dengan burung yang besar tubuhnya maka tersiksalah diri.
Hendak terbang,terbanglah bersama-sama kawananmu sahaja, biarlah rendah asalkan kau bahagia hidup bersama.Hinggaplah di ranting dan di dahan pohon rendah dan rimbun serta bersaranglah asalkan kau dapat kau berlindung dari panas mentari dan terbias dari dibasahi hujan.
Semoga bahagialah hatimu wahai si burung pipit, biarlah diri dipandang kerdil namun hidup mu sentiasa ceria dan bebas .Cukuplah sekada kicau mu yang lembut.Biarlah enggang, helang dan gagak bersuara besar, walaupun kicauan mu tak senyaring itu namun kau tetap mampu berbunyi.
GAGAK DAN MERAK
Walaupun berwajah hitam, buruk dipandang mata namun sang gagak lebih berpengalaman dalam kehidupan dan luas pandangannya terhadap kehidupan manusia dan menikmati keindahan alam dengan merantau dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.Kemana sahaja gagak akan sampai walau di ceruk rantau mana pun tidak kira di belantara, hutan dan rimba.
Begitu juga dengan kampung, pekan, bandar dan bandaraya, paya, tasik, sungai, laut serta pulau.Pendek kata semua tempat pernah dijejaki dan diterokai oleh sang gagak yang hitam itu.Walaupun berbulu hitam dan nampak hodoh jika dibandingkan dengan burung-burung lain namun gagak dapat bergerak bebas tanpa apa yang boleh menghalangkannya.
Merak adalah seekor burung yang cantik tambahan jika sedang mengigal, bulunya berwarna warni indah dipandang mata.Memang benar dikatakan orang merak memang sombong terutama semasa mengigal.Merak memang selalu bermegah diri kerana menyedari kecantikannya.Apalah guna kecantikannya hanya di hutan rimba dan belantara sahaja.
Jika di pekan, bandar atau bandaraya merak hanya terkurung di sangkar zoo, sudah pasti hidupnya tidak sebebas burung gagak.Makan minum pun disediakan orang.Hitam legam sang gagak boleh membuat sarang, mencari makanan dan minuman sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari manusia serta menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.
Bayangkan merak tersasar ke pekan rasanya tentu kebingungan dan menjadi mangsa kenderaan, ditangkap manusia ataupun anjing liar.Jika terselamat pun merak akan mati meragan kerana tidak tahu mencari makan.Tiada apa yang hendak dimegahkannya. Jika pun di hutan rimba tempat tiada apa yang istimewa pada kemegahan merak ketika mengigal.
Kecantikan si merak hanya ditertawakan musang, serigala, harimau ataupun sawa lapar yang sentiasa mengidam daging si merak.Merak tidak mampu terbang hanya berlari itu pun tak sepentas mana.Berbanding dengan sang gagak yang pantas terbang dan bahaya yang dihadapi oleh gagak agak kurang dan terbatas.Jika ada pun hanyalah peluru senapang manusia.
Oleh itu sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran janganlah kita merasa diri kita buruk dibandingkan dengan orang lain, Begitulah sebaliknya yang cantik janganlah bemegah diri pula, kerana belum tentu cantik itu mulia di sisi Allah.Allah hanya memandang kepada ketaqwaan dan keimanan seseorang bukanlah pada paras dan rupa.
Allah Maha Mengetahui akan kejadian manusia dengan berbagai bentuk paras dan rupa, ada yang cantik, buruk, sempurna dan cacat yang masing-masing mempunyai kehebatan, kelebihan dan kelemahan.Tiada istilah gagak di rimba dan merak kayangan, itu hanyalah bidalan Melayu setakat perbandingan darjat dan kekecewaan, kecantikan, kehodohan, kekayaan serta kemiskinan.
CINCIN TEMBAGA BERBATU KACA
Alahai jika hanyalah logam tembaga mana pula sesuai nak dijadikan cincin mengikat batu permata.Manalah padan sudah pasti tiada setara.Sedangkan suasa pun tidak sesuai inikan pula tembaga.Lainlah emas yang dijadikan cincin yang berharga dijadikan gelang, anting-anting atau keronsang, tentu sepadan jika mengikat intan, zamrud, nilam, mutiara atau permata.Beruntung amatlah sijari manis tersarung cincin emas permata.
Walaupun tembaga dan suasa ada nilai harganya tetapi tidaklah semahal emas.Tembaga dan suasa hanyalah bercahaya kusam dan tidak berseri, sedangkan emas lebih berkilauan amat setandinglah intan permata yang memancarkan sinar cahaya.Cincin tembaga hanya layak mengikat batu kaca, namun cincin suasa bolehlah juga mengikat batu mutiara dan nilam yang kemungkinan ada sedikit serinya.
Bayangkanlah jari manis seorang gadis, begitu lembut dan runcing jika bersarungkan cincin emas berbatu permata, alangkah cantik berseri dipandang mata.Cubalah bayangkan pula seandainya cincin tembaga disarungkan di jari gadis manis itu, alamak, sudah pasti kurang menarik, silap gayanya mahu saja cincin tembaga itu dibuang ketepi.Begitulah nasib mu hai si cincin tembaga berbatukan kaca.
Namun pada simiskin manalah mampu mengadakan cincin emas berbatu intan permata yang tinggi harganya.Jika dapat menyarung cincin tembaga di jari pun walau buruk dipandang mata orang, namun cantik di mata sendiri.Apa nak dikatakan hanya itu sahaja yang termampu.Siapa yang tidak mahu secantik cincin emas permata yang tinggi nilainya, namun kerana tidak berdaya, sekadar cincin tembaga di jari sudah cukup sempurna baginya.
Pada orang yang kaya dan berharta tidak pernah menyoal berapa harga sebentuk cincin emas permata, kerana mampu memilikinya.Akan tetapi pada orang yang tidak berkemampuan rasanya hendak mendapatkan sebentuk cincin tembaga yang murah harganya pun belum tentu mampu untuk dibeli.Itu pun jika mereka hendak juga menyarung cincin di jari, namun lebih ramai yang tidak langsung sudi atau tidak mampu membeli cincin untuk jadi penghias jari.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan