Ahad, 7 November 2010

MAJLIS AKAD NIKAH ANAK TAJUL 5.6.2010


Kemesraan yang terjalin dikalangan bekas pelajar RK SMI, turut sudi meraikan majlis akad nikah anak sdr Tajul Ariffin b. Hassan di Bandar Baru Kampar.Saudara Tajul ketika ini uzur kerana serangan stroke, semoga sembuhlah hendaknya.

Barisan depan kiri:

Abd Hamid Othman ~ seorang yang peramah dan mudah mesra, bertugas di UKM Bangi.

Rusli Shaharudin ~ seorang bekas perajurit dan sekarang menjadi ketua kampong di Kampong Sg Itik Gopeng.

Tn Hj Amran Shariff ~ berasal dari Gopeng, seorang yang suka bergurau, bekerja di JKR Parit Buntar, Perak.

Barisan kedua dari kiri:

Professor Mohd Nidzamuddin Sulaiman ~ berasal dari Changkat Tin, bertugas sebagai Penganalis Politik UKM Bangi.

Amerudin Mat Som ~ lebih dikenali sebagai Jaja, bertugas sebagai guru di Sek.Men.Buyong Adil, Tapah.

Osman Abu Hassan ~ berasal dari Mukim Teja, seorang yang pendiam, mudah senyum, bertugas di Pejabat Pendaftaran Negara, Putra Jaya.

Tajul Ariffin Hassan ~ seorang yang suka bergurau dan buat lawak, dulu bertugas di Jabatan Telekom Malaysia ( TM), tetapi beliau telah diserang stroke dan sekarang telah bersara ( Medical Board).

Berdiri dari kiri:

Ahmad Harun ~ suka melawak, suka ber fb, bertugas di RISDA Bidor, lahir di Bidor, Perak.

Roslan Khairuddin ~ seorang yang tegas, berasal dari Kampar, pernah bekerja di beberapa buah bank, dan sekarang bekerja di Unit Trust Public Mutual.

Dr Kamaluddin Karmain ~ seorang yang mudah senyum, warak orangnya dan sentiasa memberi kursus motivasi kepada pelajar-pelajar dan remaja yang bakal berkahwin.Seorang doktor perubatan dan pernah bertugas di Hospital Manjong dan kini beliau telah membuka kliniknya sendiri di Manjong, berasal dari Air Kuning, Kampar.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...