Ahad, 30 Januari 2011

Sejarah Perlombongan Bijih Timah Di Bidor



Perlombongan bijih timah telah bermula di Tanah Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 14 lagi, dimana bijih timah masa itu diperdagangkan keseluruh negara melalui pedagang yang singgah di Melaka ketika itu.

Aktiviti perlombongan di Bidor juga telah bermula pada abad yang ke 18 secara kecil-kecilan melalui aktiviti tradisonal iaitu menggunakan dulang atau melanda.Setelah beberapa lama perlombongan secara tradisional ini bertukar kepada cara lombong palong dimana perlombongan cara ini telah menggamit kedatangan lebih ramai lagi migrasi kaum Cina dari Telok Anson (Telok Intan) dan kawasan Hulu Selangor ke Bidor untuk menjadi pekerja di lombong-lombong tersebut.

Lonjakan Pekan Bidor yang pernah menerima
lonjakan ekonomi sebagai salah satu pengeluar
bijih timah negara

Pada tahun 1930an dibawah pemerintahan Sultan Sallehudin iaitu Sultan Perak ke 9, kawasan perlombongan baharu telah dibuka di seluruh Daerah Negeri Perak, dan Bidor tidak terkecuali menerima kesan dari pembukaan kawasan perlombongan baharu ini.Aktiviti perlombongan juga telah bertambah dimana pedagang-pedagang Inggeris telah membawa masuk jentera perlombongan yang dikenali sebagi kapal korek yang memerlukan perbelanjaan tinggi untuk beroperasi.

Pekan Bidor juga telah memperolehi namanya dari aktiviti perlombongan ini dimana diperolehi dari sukatan acuan bijih yang diperbuat dari kayu.Percantuman dua buah sungai iaitu Sungai Gedong (Gedang) dengan Sungai Bidor, menjadikan tempat pertemuan itu sebuah pelabuhan kecil yang dinamakan Tongkah Harbour, untuk membawa hasil bijih timah ke Pelabuhan Telok Anson (Telok Intan) seterusnya dipunggah kekapal yang lebih besar untuk dibawa ke Singapura untuk proses peleburan.


rumah kongsi/pusat pentadbiran Tongkah Harbour
Bidor, masih berdiri kukuh


Walaubagaimanapun pada peperangan dunia kedua 1941-1945 menyebabkan aktiviti perlombongan di Bidor menerima kesan dari penjajahan tentera Jepun.Banyak syarikat perlombongan terhenti seketika.Setelah tentera Jepun menyerah kalah aktiviti perlombongan telah berjalan rancak semula dengan membuka lebih banyak kawasan-kawasan baharu untuk perlombongan.

Pada awal tahun 1980an pasaran bijih timah dunia telah jatuh dan banyaklah syarikat perlombongan yang telah berhenti beroperasi.Syarikat perlombongan terbesar Bidor iaitu Bidor Malayan Tin juga turut menutupkan operasinya.Maka dengan penutupan BMT itu maka berakhirlah zaman kegemilangan perlombongan bijih timah bukan sahaja di Bidor tetapi juga di seluruh Malaysia.

kawasan tapak perlombongan menjadi pusat
jualan pasir

Kini bekas-bekas perlombongan telah dijadikan kawasan perumahan, kampung tersusun, kawasan perindustrisan dan juga kawasan memelihara ikan, itik dan ayam.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...