Seladang adalah haiwan yang berwarna gelap seakan kerbau tetapi mempunyai badan yang tegap, besar dan tingginya boleh mencapai hingga 2 meter, mempunyai bonggol berabung dibahagian belakangnya, bertanduk tajam dan papan tanduk yang lebar, runcing dan berdahi putih keperang-perangan.Berat seladang di Asia Tenggara boleh mencapai 900 kilogram.Seladang adalah haiwan mamalia berdarah panas merupakan keluarga lembu.
Seladang boleh didapati di negara Asia Selatan dan di Asia Tenggara.Seladang tinggal dihutan-hutan tebal, kawasan berbukit batu serta jauh dari kehidupan binatang lain kerana kumpulan seladang sebanyak 4 hingga 30 ekor hidup dalam kawanannya yang tersendiri diketuai oleh se ekor seladang jantan yang dominan.Seladang bergantung hidup dengan memakan rumput, pepohonan renek dan juga tumbuhan herba yang tumbuh didalam hutan
.
.
Ancaman haiwan ini adalah binatang pemangsa seperti harimau belang dan harimau bintang,akan tetapi haiwan pemangsa juga kerap menerima padah kerana kebengisan dan kegarangan seladang terutama ketika terancam.Seladang juga tidak terkecuali menjadi buruan manusia.Di Pusat ternakan rusa Perhilitan di Sungkai, Seladang ada dibiak dan dipulihara untuk mengelakkan dari kepupusan.Seladang disini diajar dan dilatih hidup seperti di habitat asal sebelum dilepaskan kehabitat asalnya didalam hutan tertentu di Malaysia.
Seladang yang diternak di pusat pemuliharaan
rusa di Perhilitan Sungkai, Perak.
Sekiranya sesiapa yang belum melihat atau ingin membawa anak-anak melihat seladang yang hidup seakan-akan dihabitat asalnya bolehlah melawat ke Pusat Perlindungan Haiwan Perhilitan Sungkai.Seladang juga boleh dilihat di Zoo Negara, Zoo Taping dan lain-lain zoo yang terdapat di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan