Ahad, 7 November 2010

PERJUMPAAN HARI RAYA RK SMI PADA 18.9.2010


Perjumpaan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri warga Alumni pelajar RK dan bekas pelajar melayu smi yang telah lama terpisah dan ada yang tidak pernah berjumpa kawan-kawan selama lebih dari 35 tahun, semoga pertemuan ini akan mengeratkan lagi tali persahabatan yang telah terjalin.
              
Dalam perjumpaan ini sungguh meriah gelak ketawa kerana gembira dapat berjumpa semula, begitu juga ada airmata yang mengalir kerana tidak sangka dapat berjumpa semula.Ada diantara rakan-rakan yang sudah tidak mengenali antara satu sama lain kerana perubahan pada wajah dan setelah diperkenalkan semula maka berpelukanlah yang menjadi adat persahatan.
            
Tidak menghampakan juga guru-guru dan bekas guru di SMI turut hadir sama merai dan memeriahkan lagi perjumpaan ini.Sesi karaoke yang disediakan tidak dapat menarik minat anak-anak dan ahli-ahli kerana masing-masing tidak mahu lepaskan peluang berjumpa rakan dan sahabat lama.

TERIMA KASIH, SEMOGA BERTEMU LAGI DITAHUN AKAN DATANG !


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...