Ahad, 19 Disember 2010

RUMAH KENANGAN


Rumah ini terletak di Kampung Blanja Kiri Parit di sebelah Dewan Blanja Kiri.Kepunyaan Cikgu Musa bin Mohd Noor dan isterinya yang kami panggil Wan Minah (Allahyarhamah).Aku telah menyewa rumah ini jika tidak silap pada 15.8.1984 setelah seminggu aku mendirikan rumahtangga.Aku rasa rumah ini sesuai kerana berada dikawasan tengah kampung, berdekatan pula dengan Sekolah Rendah, Dewan, Kedai dan Masjid.

Semasa aku tinggal disini rumah ini hanya ada bahagian atas sahaja dan dapurnya sahaja sebelah bawah, setelah beberapa bulan aku tinggal disini baharulah ditambah ruang disebelah bawah.Rumah ini sederhana besar dan setelah ditambah memang selesa tinggal di dalamnya.Aku cuma membayar sewa sebanyak RM 30.00 sahaja sebulan pada tahun 1984 maknanya RM 1.00 sehari, setelah ditambah ruang bawah sewanya menjadi RM 40.00, inilah rumah sewa paling murah dan selesa yang aku pernah sewa seumur hidup.

Tinggal di Kampung Blanja Kiri bagaikan tinggal di kampung sendiri kerana masyarakat di sini memang baik, mesra dan saling tolong menolong.Aku tidak pernah tersisih malah aku dilayan bagaikan penduduk kampung asal malah dianggap saudara disini.Tambahan tuan rumah ini yang sentiasa sahaja membantu aku dalam pelbagai hal maklumlah aku serba kekurangan semasa mula-mula berpindah kesini.

Setelah memperolehi anak pertama sehinggalah anak ketiga, rumah ini bertambah meriah kerana selalu dikunjungi kawan-kawan dan jiran tetangga begitu juga rakan sebaya anak-anak ku yang sentiasa bermain di dalam rumah atau di halaman rumah yang lapang dan terdapat gelanggang badminton disebelah rumah.Setelah lebih sepuluh tahun tinggal di rumah ini aku pun berpindah, sedih benar hati meninggalkan rumah ini yang banyak sejarah tersendiri pada diri ku dan keluarga, maka sampai hari ini rumah ini tetap ku kunjungi lagi jika aku berkesempatan ke sana.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...