Isnin, 6 Disember 2010

GENAP SEBULAN ~ USIA TOK WAN MELUKUT MENITI SENJA...


Pada hari ini 6.12.2010 genaplah sebulan usia blog ku, pada mulanya aku setakat mencuba-cuba untuk membuatnya, entah bagaimana aku berjaya untuk membuatnya dengan tanpa disangka-sangka, maklumlah aku dengan IT ini bukannya pandai sangat, begitu juga dengan penggunaan komputer dan cara-cara mengolah, menyunting cerita dan gambar.Tulisanku hanyalah berkisar pengalamanku dan disamping menyanjungi kawan-kawan yang telah berjaya dalam hidup serta mengenang pemergian dikalangan mereka yang telah dahulu kembali menghadap Ilahi.


Setelah aku cuba-cuba bak kata orang main-main lama-lama hatiku terpaut untuk mencuba bidang ini dengan mengambil pantun-pantun ku dan pantun kawan-kawan semasa memberi komen di facebook, selepas itu aku cuba menulis sedikit berkaitan dengan apa yang aku tahu, maklumlah aku bukannya pandai sangat dalam karang mengarang dan Bahasa Melayu yang aku guna banyak yang tonggang langgang.Dari apa yang aku tulis sebenarnya untuk menguji mindaku sahaja, sama ada aku masih boleh lagi menulis, walaupun tak sebaik mana namun aku tetap berpuas hati pada mulanya sebagai tatapan ku sendiri, sebelum orang lain yang membacanya.



Walaupun blog yang aku buat bukanlah sebenarnya untuk bacaan orang-orang cendiakawan ataupun yang bijak pandai, hanyalah untuk kegunaan ku sendiri sebagai mengisi masa lapangku sahaja.Padaku blog ku ini hanyalah nilainya sebesar zarah kerana aku sangat kerdil dalam mengarang, bercerita dan menulis.Namun begitu aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka dan sahabat handai, keluarga dan lainnya yang sudi menyokong, membaca dan menatap barang seketika blog ku ini.Maklumlah orang yang meniti senja tentu bahasa dan olahan ceritanya tumpul, setumpul fikirannya yang hampir membeku.



Dari statistik yang aku lihat dari blogku angka halaman yang telah dibaca setakat hari ini 6.12.2010 jam 1.50 pagi melebihi dari 2,500 halaman dan khalayak pembaca kebanyakannya dari Malaysia, 18 dari Amerika Syarikat, 16 dari Pantai Gading Irian, 8 dari Kanada, 6 dari Indonesia, 3 dari Argentina, masing-masing 1 dari India, Russia dan Portugal.Aku tak tahulah samada mereka membaca atau saja-saja melihat blogku, apa yang aku dapati dari alih bahasa kamus ke Bahasa Inggeris diblog ku, banyak yang kurang tepat maksudnya dan terdapat juga  pelbagai perkataan yang tidak dapat diterjemahkan.


Walaubagaimanapun sekurang-kurangnya menaikkan 'rating' jumlah pembaca blogku.Sekali lagi aku mengucapkan ribuan malahan jutaan terima kasih kepada yang sudi membaca, menatap dan yang memberi komen serta yang menunjuk ajar kepada ku dalam memperbaiki, mengolah dan sebagainya pada ku untuk menambah baik blog ku ini dari sehari kesehari.




kepala halaman blog yang bertema ~ meniti senja






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...