Isnin, 6 Disember 2010

MENYUSURI SENJA ~


Pada 5.12.2010 pada sebelah petang waktu hujan gerimis, aku telah menyusuri pekan Tapah dan Kampar melalui jalan lama dengan keretaku yang setia, ketika dalam perjalanan ke Pekan Gopeng disitu menimbulkan nostalgiaku semasa aku bersekolah di Ipoh dahulu dimana aku sentiasa menaiki bas Kinta ketika balik bercuti ke kampung.Sesampainya aku di Pekan Gopeng apa yang aku lihat kini terlalu banyak perubahan dan Bandar Gopeng Baharu amat cepat pembangunannya.

Setelah lepas Gopeng menuju hala ke Simpang Pulai, dimana semasa merentasi Pekan Kecil Kampung Kepayang yang telah usang dan banyak kedai-kedainya telah ditinggalkan, aku membelok keretaku masuk ke Lebuh Raya PLUS menuju ke hala Ipoh, memang kenderaan banyak ketika itu, dalam perjalanan tersebut sempat juga aku mengambil beberapa gambar pemandangan disuasana petang yang hampir kewaktu senja.Tambahan ketika itu hujan baharu sahaja berhenti dan kesan basah masih lagi terdapat diatas lebuhraya.

Memang indah pemandangan bukit-bukit ini diwaktu sebelah petang, dalam itu sambil aku memandu, aku mengambil gambar.Semasa gambar itu ku ambil tangan ku sahaja menentukan kedudukan kamera. Aku tahu perbuatanku itu merbahaya, tapi aku ambil apabila jalanraya betul-betul tiada kereta dihadapan atau jauh dibelakangku.Aku berhati-hati dalam soal keselamatan jalan raya ini.
Banyak juga gambar bukit dan gunung yang ku ambil, sehinggalah aku keluar susur hala ke Tambun/Tanjong Rambutan untuk menyelesaikan urusan ku disana.Aku juga sangat terpegun melihat betapa pesatnya Pekan Tambun sekarang, keindahan pemandangan diwaktu senja memukau hatiku. Aku lihat kini Pekan Tambun terlalu berbeza dari apa yang aku lihat pada 20 ke 30 tahun yang lalu, pesat sungguh pembangunannya.

Berhampiran dengan persimpangan Lost World of Tambun dan pasaraya Giants aku terlalu asyik melihat lampu-lampu neon di pembahagian jalan dan ditepi-tepi jalan berbagai bentuk dan warna, fahamlah aku lampu tersebut adalah untuk memeriahkan suasana sambutan Hari Natal pada 25.12.2010.

Sampai di Taman Perpaduan, aku tidak lepas mengambil gambar bukit yang tersergam disuasana senja yang telah hampir berlalu menanti malam serta dilitupi awan yang cantik antara gelap senja dan menampakkan hujan akan turun pada malam itu.Sesudah selesai urusan ku, aku pun kembali menaiki keretaku untuk pulang ke Bidor, bersama anak ku.







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...