Pekan Kecil Sungkai terletak sebelah selatan dari Pekan Bidor jaraknya 13 km ke arah Kuala Lumpur dan utara 14 km dari Pekan Slim River.Sekiranya ingin ke Pekan Sungkai kita boleh melalui jalan persekutuan hala utara dari Pekan Slim River, atau melalui Pekan Bidor hala ke selatan.Jika melalui Lebuh Raya PLUS perlu melalui susur keluar Sungkai.Sungkai memperolehi namanya dari sejenis pokok yang dinamakan Sesungkai.
Pekan Sungkai merupakan sebuah pekan kecil yang terletak dalam Daerah Batang Padang.Penduduk disini terdiri dari golongan Melayu, India, Cina dan kaum-kaum lain.Walaupun Pekan Sungkai tidak begitu besar namun disini terdapat beberapa buah Rancangan Felda seperti Felda Sungai Klah, Felda Gugusan Trolak, Felda Gugusan Gunung Besout dan rancangan Felcra Changkat Sulaiman.Punca pendapatan utama penduduk disini adalah seperti pertanian kelapa sawit, getah ,sayur-sayuran, buah-buahan, kakitangan kerajaan dan swasta.
Pekan Sungkai juga mempunyai tarikan tersendiri kerana mempunyai kawasan riadah dan pelancungan seperti Trolak Residence, Sungai Klah Hot Spring, Pusat Pemulihan dan Pembiakan Rusa, dan tempat-tempat mandi seperti di Sungai Tesong yang mengalirkan air dingin dan bersih dari Banjaran Titiwangsa.Di Sungkai juga didirikan sebuah Maktab Sains Rendah Mara yangmana pelajarnya kebanyakan terdiri dari anak-anak peneroka Felda diseluruh negara.Sekolah-sekolah harian juga banyak didirikan di Pekan Sungkai dan di penempatan Felda dan di kampung-kampung tertentu.
Pada sebelah petang pemandangan ketika matahari terbenam memang indah dan cantik seolah-olah matahari turun ke celahan bukit-bukit disebelah barat pekannya dan ketika waktu pagi kelihatan matahari naik meninggi dari belah timur dari celahan Banjaran Titiwangsa.Disamping itu juga pekan Sungkai dikelilingi tanaman sawit dan getah, tidak hairanlah kawasan ini merupakan salah satu pengeluar kelapa sawit utama negara kerana keluasan Felda, Felcra, Estet dan pekebun kecil yang mengelilingi pekan dan kawasan Mukim Sungkai.
Oleh itu sesiapa yang berkesempatan untuk melawat ke pekan kecil ini bolehlah menginap di Trolak Residence atau pun di Sungai Klah Hot Spring yang banyak menyediakan tempat penginapan yang selesa dan dikelilingi rimba dan ladang sawit, berudara segar dan nyaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan