Pada malam 11.12.2010 aku, Roslan dan Azidin bersembang melalui kekotak chating di Fb kami, berkaitan perkembangan kawan-kawan sekolah dari Grup RK SMI 1971 yang masih belum pernah berjumpa sejak keluar dari alam persekolahan kira-kira 35 tahun, maka setelah dihitung 7 orang telah pun kembali ke Rahmatullah, 23 pernah berjumpa atau masih berhubung, dan 10 lagi tidak dapat dikesan.
.
Setelah disemak dari maklumat kawan, aku telah mendapat nombor talipon saudara Ahmad Shuhaimi Bin Shahudi yang lebih mesra dipanggil Aji, aku memberi nombor tersebut kepada Roslan untuk menghubungi beliau, setelah dihubungi kami mendapat tahu beliau sedang bercuti dirumah yang baharu dibelinya di Tawas Gemilang, Ipoh, dan kami merancang untuk berjumpa pada 12.12.2010, setelah itu aku menghubungi kawan-kawan yang lain dan mendapat maklum balas yang baik dan terdapat juga yang tidak berkesempatan untuk bersama.
Pada masa yang ditetapkan aku telah mengambil Jaja (Amiruddin Mat Som) di Tapah menuju ke Kampar, dimana saudara Azidin Ariffin memandu sendiri dari Teluk Intan untuk ke rumah Roslan Khairuddin di Kampar, dari samna kami menaiki kereta Roslan menuju ke Ipoh kira-kira jam 4.00 petang.Setibanya kami di rumah Tarmizi sempat juga isteri beliau menjamu air minuman.Abdul Rahman Khalid pada mulanya ingin bersama-sama terpaksa membatalkan niat untuk ke rumah Ahmad Shuhaimi kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan pada saat akhir.
Setelah itu kami terus menuju kerumah Ahmad Shuhaimi dengan penuh perasaan ingin sangat bertemu, perjalanan yang dekat itu bagaikan jauh dan terasa lama dek kerana rindu padanya terasa amat sangat.Walaupun Tarmizi demam namun atas semangat setia kawan, dia turut serta mengikut kami kesana.Kami sampai kerumah Ahmad Shuhaimi lebih kurang jam 5.15 petang, dimana kami disambut mesra sambil kami bertanya beberapa soalan samada beliau masih mengenal dan mengingati nama kami .
Kasihan melihatnya yang teraba-raba untuk mengenal pasti siapakah nama kami yang dahulunya pernah bersama-sama bersekolah dan tinggal diasrama.Tergaru-garu kepala yang tak gatal juga beliau, akhirnya kami sendiri yang memperkenalkan diri kami masing-masing.Seronok benar Shuhaimi menyambut kedatangan kami.Jamuan pun dihidangkan tanda persahabatan dan kemesraan.
Kasihan melihatnya yang teraba-raba untuk mengenal pasti siapakah nama kami yang dahulunya pernah bersama-sama bersekolah dan tinggal diasrama.Tergaru-garu kepala yang tak gatal juga beliau, akhirnya kami sendiri yang memperkenalkan diri kami masing-masing.Seronok benar Shuhaimi menyambut kedatangan kami.Jamuan pun dihidangkan tanda persahabatan dan kemesraan.
Kira-kira 1 jam 45 minit kami pun berangkat pulang dari rumahnya dengan satu kepuasan dapat bertemu sekian lama terpisah.Sebelum pulang ketempat masing-masing kami sempat juga bertemu Abdul Rahman Khalid untuk sama-sama menikmati capati di Restoran Capati di Medan Gopeng, Ipoh sepertimana yang telah dijanjikan awal.Selesai makan kami ke Masjid Sungai Rokam untuk menunaikan fardhu Maghrib setelah selesai kami pun berangkat ke Kampar dan disana kami berpecah mengikut haluan kerumah masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan