Pada zaman dahulu disebuah penempatan haiwan yang terdiri dari rusa, kijang, napuh dan kancil.Walaupun rusa, kijang dan napuh lebih besar dari kancil, namun kancil dilantik sebagai ketua kerana kebijaksanaannya jika dibandingkan dengan binatang-binatang lain.Setiap daerah penempatan diuruskan oleh ketua-ketua binatang berkenaan mengikut golongannya,Ada juga wakil-wakil haiwan tersebut diletakkan dibawah pentadbiran sang kancil yang mengurus semua kawasan yang terlibat.
Pada satu hari berlakulah satu perselisihan faham diantara golongan kijang dengan ketuanya dipenempatan kijang dimana ketua yang memimpin telah tidak disukai oleh kijang-kijang lain kerana ketegasannya.Salah seekor kijang yang sudah berumur di situ telah memporak perandakan penempatan itu dengan menghasut kijang-kijang muda, tidak tahu apa tujuannya.Kijang itu telah mereka-reka cerita dan membawa pula kisah-kisah andaian kepada pentadbir-pentadbir dibawah pimpinan sang kancil.
Salah seekor kijang yang bertugas dibawah pimpinan sang kancil pula mengambil kesempatan untuk menambah suasana yang lebih keruh kerana hasad dengkinya sebelum ini kepada ketua kijang itu.Setelah penyelesaian diperolehi suasana kecoh tersebut telah dapat diredakan, akan tetapi sang kijang yang dibawah pentadbiran sang kancil masih tidak berpuas hati menjalankan aktiviti hasadnya dengan mengadu domba perkara yang tidak benar untuk mengelabui mata sang kancil.
Sebagai ketua didalam kumpulan ini, agak sukar juga sang kancil untuk mengadili hal ini kerana ia seolah-olah menyebelahi pihak sang kijang yang mengadu itu. Perangai sang kijang itu seolah-olah keanak-anakan walaupun ia telah berusia lanjut.Apakah tujuan sebenarnya sang kijang itu tidaklah diketahui.Walaupun begitu sang kijang yang bertugas menjaga daerahnya itu hanya berdiam diri kerana tidak mahu perkara ini berlanjutan.Ia tabah dan sabar serta tidak pula ia berlagak seperti kebudak-budakan, kerana tindakannya selama ini adalah demi kepentingan kedamaian, perpaduan dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pentadbiran sang kancil yang menjadi pemimpin kesemua daerah penempatan haiwan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan