Isnin, 31 Januari 2011

ULAR SAWA


Ular sawa adalah sejenis ular yang terbesar di Malaysia dan di Asia Tenggara.Ular sawa yang dewasa boleh mencapai 2 meter panjang.Ular sawa adalah spesis reptilia yang berdarah sejuk dan membiak secara bertelor dan dieramkan secara melingkari telor-telor itu sehingga menetas.


Ular sawa kebiasaannya mendiami kawasan hutan yang lembab (hutan hujan tropika), kawasan berpaya dan berair.Ular sawa juga terdiri dari beberapa jenis seperti ular sawa batik, ular sawa darah, ular sawa tikus dan ular sawa redang.Perbezaan diantara jenis-jenis ular sawa ini tidak terlalu ketara hanya saiz dan corak batik yang berberbeza dibadannya.Cara kehidupan dan pemakanannya adalah sama mengikut saiznya.


Ular sawa adalah sejenis pemangsa yang mencari makanan secara penyamaran, serang hendap serta menangkap mangsa setelah berpeluang dengan cara menjerut dan membelit mangsa sehingga remuk sebelum memakannya.Ular sawa tidak mempunyai bisa racun seperti ular yang mematuk mangsa dan melumpuhkan mangsa sebelum dimakan.Ular sawa kebiasaannya suka memakan haiwan mamalia yang sederhana besar seperti babi hutan, pelanduk, kijang rusa, dan jenis beburung yang besar.


Namun ular sawa juga memakan haiwan yang kecil seperti tikus dan beburung kecil sekiranya tiada pilihan yang lain.Ular sawa juga kerap menyusup kekawasan kediaman manusia untuk mencari makanan terutamanya haiwan ternakan manusia seperti ayam, itik, dan kambing.Binatang peliharaan manusia seperti anjing, kucing dan arnab tidak terkecuali dari serangan sang batik ini.Ular sawa jarang menyerang manusia kecuali ia diganggu dan terancam.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...