Semasa usia masih muda remaja, aku bercita-cita untuk memegang jawatan tinggi ataupun menjadi seorang ternama.Aku telah belajar bersungguh-sungguh sejak dibangku sekolah rendah lagi.Kecapaian aku diusia itu adalah sangat memuaskan kerana keputusan peperiksaan penggal sekolah tidak pernah aku mendapat kedudukan nombor 4 kebawah,.Kebiasaannya nombor 1, 2, 3 dan jarang sekali aku mendapat nombor 4.Sampailah peperiksaan penilaian darjah 5, aku memperolehi keputusan yang agak cemerlang juga.
Pada fikiranku pada masa akan datang aku boleh lagi memperolehi keputusan yang lebih baik serta belajar ke pusat pengajian tinggi, seterusnya memegang jawatan yang tinggi serta dibanggai oleh keluarga.Namun setelah umur ku meningkat dan memasuki persekolahan menengah, aku mula alpa dan tidak lagi berusaha untuk memajukan diri, keputusan peperiksaan disekolah seringkali merosot.
Aku telah mula mengenali alam luar yang lebih menyeronokkan.Masa banyak ku habiskan dengan berpoya-poya serta menonton wayang gambar.Pelajaran mula longgar dari peganganku, hinggalah aku menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (MCE), aku memperolehi keputusan yang kurang memberangsangkan.Walaupun aku boleh lagi pergi jauh tetapi disebabkan aku ingin hidup berdikari, aku mula bekerja untuk menyara diri sendiri dan sedikit lebihan untuk membantu keluarga.
Walaupun hidupku tidaklah seteruk mana dan berada dalam keadaan yang sederhana namun cita-cita asalku hanya tinggal mimpi, pun demikian aku tetap berbangga menjadi diriku sendiri kerana dapat menguruskan kehidupan ku dan keluarga ku, meskipun memegang jawatan rendah.InsyaAllah aku akan dapat menguasai diri ku dari terus hanyut tanpa tujuan hidup.Aku tetap berbangga menjadi aku !.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan