Pada tahun 1876 Sir Henry Wickham telah membawa 70,000 biji getah liar dari Brazil ke Kew Garden, London, dan disemai di rumah khas yang bersuhu panas, kemudian pada tahun 1877 biji getah telah di bawa ke Ceylon (Sri Lanka) dan ditanam untuk ujian.Pada tahun itu juga Henry Nicholas Ridely Pengarah Botanical Garden Singapura telah membawa biji getah "Hevea Braziliensis" ini untuk ditanam disitu dan didapati tumbuh dengan subur, akhirnya biji-biji getah ini dibawa ke Kuala Kangsar dan ditanam disitu barulah diedarkan keseluruh Semenanjong Tanah Melayu, Borneo dan beberapa negara Asia.
Sir Henry Wickham
Permintaan getah asli dunia telah meningkat setelah perusahaan kereta menggunakan tayar getah asli diperkenalkan.Pada masa itu di Tanah Melayu ramai yang membuka kawasan baru dan menukar tanaman dikebun mereka dengan tanaman getah.Begitu juga dengan pedagang-pedagang Inggeris telah membuka perladangan yang besar di Tanah Melayu.Malaya ketika itu merupakan pengeluar getah asli dunia yang terkemuka.Pada masa itu juga berlaku peperangan di semenanjung Korea yang menyebabkan harga getah melonjak tinggi, maka perusahaan tanaman getah di Malaya ketika itu meningkat sekali ganda.Pada zaman inilah ramai golongan peladang dan pekebun kecil hidup didalam serba kemewahan.
H.N Ridley
Sebelum Malaya mencapai kemerdekaan perusahaan getah ini dikawal selia oleh Lembaga Getah dan Institut Penyelidikan Getah RRI untuk menguji keberkesanan tanaman getah dan penggunaannya.Setelah Malaya merdeka pada tahun 1957 banyak kilang-kilang yang berasaskan getah telah dibangunkan, menjadikan permintaan getah asli melonjak, begitu juga dengan permintaan getah asli dunia.Maka dengan itu Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Haji Abdul Razak bin Hussien telah membuka penempatan peneroka FELDA, dengan tanaman utamanya adalah getah.Urusan penanaman semula getah diletakkan dibawah Lembaga Tabung Tanam Semula.
Tun Abdul Razak Perdana Menteri
Malaysia yang kedua
Pada 1.1.1973 Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak bin Hussein telah menubuhkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk urusan tanam semula dan program-program serta menyalurkan pelbagai teknologi baharu berkaitan pekebun kecil getah.Pada tahun 1980an apabila getah asli disaingi oleh getah tiruan maka harga getah asli dalam keadaan turun naik sehinggakan kebun-kebun kecil getah dan ladang-ladang telah menukarkan tanaman getah kepada tanaman sawit.Apabila harga petroleum meningkat, maka getah tiruan amat mahal untuk diproses, begitu juga dengan peningkatan perusahaan tayar dan kegunaan lain barangan getah terutamanya dinegara India dan China menyebabkan harga pasaran sekali lagi melonjak pada masa ini, adalah diharapkan ianya akan bertahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan