Kita sering dihidangkan dengan perkara berhujah, berdialog, berdebat, berbahas dan bertukar pendapat sejak berada di alam persekolahan lagi.Dalam sesuatu pertengkaran atau jawab menjawab dan berpencak lidah terdapat dalam ciri-ciri kesemuanya di atas.Masing-masing mencari kebenaran dan kelantangan dalam menyuarakan pendapat.
Apa yang pasti timbul dalam hati adalah untuk mendapat kemenangan supaya boleh mempengaruhi orang lain dan membuktikan kekuatan dalam berhujah.Samada hujah itu benar atau tidak, terpulanglah pada penerimaan individu.Namun begitu pandangan dan pendapat orang perlu juga diambil kira kerana bukan semua yang dikatakan oleh mereka tidak betul.
Kadangkala pendapat orang lain ada juga benar dan berasas untuk diterima pakai.Tidak salah kita mengambil sesuatu pandangan seseorang untuk menambah kebaikan, kemudahan, kesenangan dan kepentingan kepada kita atau untuk kegunaan sesuatu kumpulan.Alangkah baiknya boleh duduk semeja dan berunding cara demi mendapat kata sepakat.
Adakalanya kita syok sendiri dengan pendapat dan pandangan sendiri serta menganggapkan diri sendiri yang benar sedangkan pandangan orang lain semuanya salah belaka.Sebenarnya tidak semua pendapat dan pandangan kita dianggap sesuai, kekadang lebih satu perkara tetapi lupa dua perkara.
Kekadang kita hanya mendengar luahan hati sendiri mengeluarkan kata hujah maklumlah ego masih kukuh di dada, pendapat dan isihati orang bawahan dan yang kecil-kecil semuanya tidak perlu kalau adapun hanya untuk dibakul sampahkan semata.Amatlah malang hanya mengagung pendapat dan pemikiran sendiri.
Sedikitpun tidak ambil peduli tentang pandangan orang lain yang penting memenuhi selera dengan pandangan mata sendiri, walaupun ada tikanya pendapat orang lain itu amat berguna dan bermakna.Memang benarlah jika bernafsu besar mana boleh menilai nafsu si kecil.Mana mata ternampak kebaikan orang lain melebihi kebaikan diri sendiri.
Sebelum menilai diri orang lain, nilailah kebaikan dan keburukan diri sendiri terlebih dahulu.Adakalanya tingkah laku kita lebih buruk dari orang yang kita nilaikan itu.Disebabkan kita bersangka buruk pada orang lain kita lupa diri kita juga dinilai oleh orang.Baik buruk hanya pandangan mata tetapi susah dipandang melalui mata hati.
Menilai hati orang bukanlah mudah, lebih senang mengukur jarak tingginya gunung, lebih mudah menyukat kedalaman lautan dan agak ringan kita mengukur jarak perjalanan.Janganlah kita terlalu mudah menilai seseorang itu teruk dan buruk sebanding keburukan diri sendiri.
Adalah lebih sempurna kita mendalami perasaan orang lain agar perasaan kita difahami oleh orang pula.Seandainya kita tersilap dan tersalah menilai tidak salah jika kita mengakui akan kesilapan itu.Ramai yang lebih rela menyembunyikan kesilapan kerana malu untuk mengaku, kerana bimbang mereka akan dipandang rendah oleh masyarakat.
Akan tetapi bukan semua orang berpandangan begitu malah mereka tetap dipandang mulia, tinggi dan dihormati kerana berani menyatakan sesuatu kebenaran walaupun tersilap langkah.Usahlah difikirkan kedudukan darjat, pangkat dan kedudukan kerana itu semua hanyalah sementara pinjaman dari Tuhan Yang Maha Esa ....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan