Pada 10 Zulhijjah 1432 seluruh umat Islam akan menyambut Aidil Adha atau Hari Raya.Setiap orang Islam sudah tentu mengetahui kisah peristiwa Nabi Ibrahim A.S.terhadap anakandanya Nabi Ismail A.S.Umat Islam amat dituntut untuk melakukan pengorbanan bukan setakat melakukan korban lembu, kambing, kibas dan unta sahaja malah lebih dari itu..
Umat Islam perlu berkorban hatta pada harta dan nyawa sekali pun demi mempertahankan kesucian Agama Islam dan demi menegakkan syariat dan Akidah.Namun segala pengorbanan yang dilakukan itu perlulah ikhlas, tulus dan suci.Berkorbanlah kerana Allah dengan ketulusan hati mudah-mudahan mendapat ganjaran pahala.
Jauhilah diri dari melakukan pengorbanan sia-sia, amat rugilah mereka yang ingin semata-mata ingin mendapat pujian, bermegah, berbangga diri, menunjuk kehebatan, ego dan berpura-pura untuk dipandang mulia di mata manusia bukan berkorban untuk membersih hati tetapi sebaliknya hanya menipu diri sendiri..
Akhir sekali penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada keluarga dan sahabat handai yang beragama Islam.Marilah bersama kita hayati semangat korban untuk kesejahteraan kita semua.Semoga sambutan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini akan di kurniakan Allah dengan kerahmatan dan keberkatan.Maaf zahir dan batin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan