Ahad, 16 Januari 2011

GABUNGAN ALUMNI PELAJAR ISLAM ST MICHAEL, IPOH (GAPIS)

Keterangan Logo:
berbentuk bulatan berwarna hijau melambangkan kesepakatan dan perpaduan ahli gabungan alumni pelajar Islam dalam organisasi.Warna hijau adalah warna rasmi bagi sekolah menengah St.Michael, Ipoh.

Dalam bulatan tertera lencana lama sekolah dacing berwarna kuning, adalah melambangkan lencana kebanggaan yang menjadi pilihan bagi bekas pelajar SMI.
Tulisan berhuruf Besar 'GAPIS' adalah singkatan bagi maksud Gabungan Alumni Pelajar Islam St.Michael, Institution, Ipoh yang tertera maksudnya bertulisan kecil dibawah perkataan singkatan GAPIS.

Bentuk bulatan separa berbentuk bulan sabit berwarna kuning adalah lambang kebanggaan Agama Islam, merupakan Agama Rasmi Malaysia dan warna kuning adalah warna simbol Raja-Raja Melayu yang beragama Islam merupakan pemimpin tertinggi (Ketua  Agama Islam di Malaysia).

Warna putih yang dalam lingkaran empat segi mengelilingi logo berbentuk bulan kuning dan bulatan penuh berwarna hijau adalah lambang kesucian dan kebersihan setiap ahli untuk bersatu hati membangun, membantu dan mendukung cita-cita murni dalam apa jua bentuk keperluan ahli dan organisasi.

Pada 15.1.2011 jam 3.30 petang di Kampar Club, Kampar pertemuan 3 grup alumni pelajar Sekolah Menengah St.Michael, Ipoh iaitu Grup Rancangan Khas SMI, Grup '84 dan St. Michael Old Boys (SMIOB) telah diadakan untuk membincangkan arah hala tuju persatuan masing-masing.

Timbalan Pengerusi GAPIS berucap di Hari Penyerahan Mentee
Mesyuarat Komuniti Mentor di SMI 16.4.2011


Pada hari tersebut dalam satu muafakat maka tertubuhlah sebuah grup yang diberi nama Gabungan Alumni Pelajar Islam St. Michael, Ipoh (GAPIS),  dimana menggabungkan grup-grup dan persatuan yang mempunyai ahli-ahli yang beragama Islam bernaung dibawahnya.

antara mentor yang hadir pada hari penyerahan mentee
Mesyuarat AJK GAPIS


Gabungan ini memerlukan sokongan dari bekas pelajar yang beragama Islam supaya dapat menyertai Grup ini untuk sama-sama berkumpul, bergerak dan bernaung untuk sebarang aktiviti yang berfaedah kepada semua bekas pelajar Islam yang pernah belajar dibawah satu bumbung, disamping membantu pelajar-pelajar Islam yang masih bersekolah di situ.

Mentor pada hari penyerahan mentee 16.4.2011

Kini GAPIS telah pun menjalankan program pertamanya dengan mengujudkan program mento-mentee antara bekas pelajar beragama Islam yang pernah bersekolah di SMK St.Michael, Ipoh dan murid-murid Islam yang masih bersekolah di SMK St.Michael,Ipoh.


Kem motovasi, Kem kecemerlangan pelajar juga telah dan akan dijalankan kepada mereka untuk memantapkan diri dalam pelajaran.


penulis bersama mentee
Hari Penyerahan Mentee turut dihadiiri oleh ibubapa mentee

Kursus Pengurusan Pembelajaran Strategik untuk pelajar-pelajar Islam tingkatan 3, 5 dan 6 SMK St.Michael, Ipoh pada 18.6.2011.




Gapis juga akan menjalankan program lain seperti Majlis Berbuka Puasa, Sambutan Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi dan aktiviti-aktiviti yang dirancang dari semasa ke semasa.



Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri


Pemilihan Ahli Tadbir Gabungan  Alumni Pelajar Islam St. Michael, Ipoh (GAPIS) 2010/2011


Pengerusi:                        
Hang Tuah bin Din

Setiausaha:                     
Mohd Dzran

Penolong Setiausaha:    
Ariza Fattah Abdul Rahman

Bendahari:                        
Mohamad Hafiz

Ahli Jawatan Kuasa:  
Roslan Khairuddin
Ahmad Harun
Zuraida Jaafar
Kamarul Zaman
Adi Yusri Yem
Mohd Fazli Mat Doa
Mohd Firdaus


Semoga penubuhan Gabungan ini mendapat sokongan dari semua bekas pelajar St. Michael, Ipoh yang beragama Islam.














2 ulasan:

Mohd. Razalli berkata...

salam,
Nama saya Mohd. Razalli b. Ahmad Termizi, Old Michaelian (1979- 1991). Macam mana nak jadi ahli GAPIS? Saya satu batch dengan Cikgu Adi Yusri masa tingkatan 6 tapi dah lost contact.
Terima Kasih

TOKWAN MATARUN berkata...

untuk menyenangkan en Mohd.Razali menyertai GAPIS bolehlah add tokwan untuk tw add nama en.Mohd Razalli ke grup Gapis.Buat makluman en. cikgu Adi Yusri mengajar di St.Michael, Ipoh dan ada menyertai GAPIS...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...