Gambar ini amat bererti padaku walaupun hanya sampin bercorak lama warna biru dan ungu berbenang emas berjalur mengikut galuran bentuk pelikat ini telah dipakai oleh Allahyarham ayah ku semasa majlis perkahwinan ayah dan ibu pada tahun 1955.Semasa aku masih kecil dalam darjah satu tahun 1965 hinggalah ke darjah enam (1970), sampin ayah selalu ku pakai semasa menyambut hari raya Aidil Fitri ataupun pada hari raya Aidil Adha untuk ke masjid.
Kain berwarna merah bercorak bintik-bintik berjalin sulaman benang emas adalah kain yang dipakai oleh ibu pada majlis perkahwinan mereka.Kemungkinan kain ini adalah kain bercorak Batu Bara pakaian wanita dari Kepulauan Sumatera dan selalu dipakai oleh wanita Melayu pada masa itu di Majlis-majlis keramaian, Hari Raya dan Majlis Perkahwinan.Lagipun keluarga ibu adalah berketurunan Rao dimana ayah ibu adalah berasal dari Sumatera.
Walaupun opah ku lahir di Tanah Melayu pada tahun 1925 namun kedua orang tuanya berasal dari Sumatera juga berketurunan Rao.Mereka telah tinggal di sebuah kampung di Kampung Jalan Paku Bidor, dimana ayah dan ibu berkahwin di kampung tersebut.Urusan pertunangan dan perkahwian ayah diuruskan oleh bapa angkat ayah yang telah lama tinggal di Bidor berasal dari negeri Kedah.
Ayah juga berasal dari negeri jelapang padi itu dan merantau ke Bidor kerana bertugas sebagai Polis Khas (SC).Bapa angkat ayah juga berkerja sebagai SC juga pada masa itu.Perkahwinan ayah dan ibu bukanlah perkahwinan pertama bagi ayah, kerana sebelum itu ayah pernah berkahwin di Kedah sebelum ayah menyertai SC lagi dan jodoh ayah tidak panjang kerana berpisah.
Berbalik pada kisah kain sampin dan kain Allahyarham serta Allahyarhamah ayah ibu, masih lagi tersimpan kemas dan elok walaupun telah sedikit reput berlubang-lubang 'makan diri' kemungkinan kerana telah begitu lama melebihi dari separuh abad.Itupun aku selalu menggosok dan menyimpannya dalam keadaan baik.Jika tidak dijaga dan diawasi kemungkin kain itu sudah lama reput dan rosak.
Semasa aku kecil dahulu aku masih lagi teringat barangan lain yang telah digunakan oleh ayah dan ibu dimajlis perkahwinan mereka seperti kepala bantal tidor, kepala bantal peluk, kipas dan penyelak kelambu dari kain baldu merah bertekat bunga dari benang emas, namun semuanya tidak sempat diselamatkan kerana pada masa itu kami sekeluarga tidak tahu menilai betapa perlunya barangan tersebut disimpan untuk kenang-kenangan.
Semoga sampin dan kain Allahyarham serta Allahyarhamah ayah ibu akan menjadi ukiran dan peninggalan pusaka yang amat bernilai bukan kerana harganya tetapai begitu bernilai ertinya untuk ku, adik beradik, anak-anak, jika boleh biarlah dapat dilihat oleh cucu cicit kami nanti.Biarlah sampin dan kain itu menjadi lambang ingatan kesetiaan dan kasih sayang ayah dan ibu untuk renungan, ingatan dan kenangan kami sekeluarga.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan