Ahad, 28 November 2010

KISAH SAWA DAN KAMBING ~

Burmese Python Picture

Pada kali ini tokwan bercerita berkaitan seekor ular sawa berkawan baik dengan seekor kambing.Alkisahnya pada masa dahulu binatang boleh berkata-kata dan pada masa itu ular sawa suka makan binatang yang kecil-kecil seperti arnab, tikus, kancil dan jenis burung-burung yang melata di dalam semak, ditepi paya dan di pinggir-pinggir hutan.


Sang sawa dan sang kambing merupakan kawan karib. Mereka selalu sahaja mencari makan ditempat-tempat perburuan sang sawa, kerap kali juga sang kambing menjadi tarikan binatang lain untuk makan rumput bersama-sama sang kambing ditepi-tepi paya, sedang leka memakan rumput sang sawa datang menangkap binatang tersebut.Sang sawa amat berterima kasih pada sang kambing yang sudi membantunya mendapat makanan dengan senang.




Tanpa disangka-sangka pada suatu minggu  hujan telah turun begitu lebat, boleh dikatakan setiap hari hujan turun, sang kambing dan sang sawa tidak dapat keluar makan, maka sang kambing dan sawa terasa lapar dan sang kambing juga terasa amat sejuk maklumlah sang kambing memang tidak berani kena air hujan. 


Pada satu petang sang kambing menggigil kerana kelaparan dan kesejukan ditempat tinggal mereka didalam sebuah gua, membuat hati sang sawa yang kelaparan kasihan melihat sang kambing itu.


Maka sang sawa mengusap-usap badannya kebadan sang kambing itu.Lama-lama sang sawa yang lapar tersebut mula membelit sang kambing perlahan-lahan, dan kerana laparnya sang sawa  mula berfikir untuk menjadikan sahabat karibnya sang kambing itu menjadi  juadah makanannya pada hari itu.


Pada mulanya sang kambing terasa selesa kerana belitan sang sawa itu sekurang-kurangnya dapat memanaskan badannya tanpa menyangka niat buruk sahabatnya sang sawa tadi, tetapi akhirnya belitan sang sawa menjerut sang kambing hingga kambing tadi hilang pekikannya kerana lemas hingga remuk badan dan tulang temulangnya dan mati.


Maka tamatlah riwayat sang kambing menjadi makanan yang enak dan mengenyangkan sang sawa.Sejak kecurangan dalam persahabatan sang sawa ini maka kambing-kambing yang lain tidak mahu lagi berbaik-baik dengan sang sawa kerana tidak setianya.



Python

Jadi apa yang tokwan ceritakan disini jadikanlah ikhtibar dan renungan, dengan siapa kita patut berkawan dan sentiasa memilih kawan supaya tidak ada yang mengambil kesempatan diatas kelemahan diri kita. Cerita ini telah tokwan ceritakan semasa majlis perpisahan tokwan ketika bekerja di Parit pada bulan September tahun 1996.


Ucapan perpisahan tokwan tanpa menyentuh cerita berkaitan tugas hanya bercerita berkaitan cerita mitos haiwan sahaja.Tokwan hairan juga kawan-kawan tokwan memahami maksud yang tersurat dan tersirat yang tokwan sampaikan pada majlis tersebut.


Sambil memberi ucapan tahniah kerana tidak pernah ucapan perpisahan sebelum ini menceritakan kisah-kisah haiwan yang boleh memberi makna dan erti tersendiri. Ada lagi satu kisah lain yang akan tokwan ceritakan disini dilain kali.


~ cerita ini adalah rekaan tok wan sendiri sekiranya ada persamaan itu adalah satu kebetulan dan tidak disengajakan.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cerita kawan makan kawan ni memang ada dimana2 tok wan kan? dalam opis, unit dan bahagian jabatan kita apatah lagi dalam politik.. Jangan kita jadi ular sawa tu yang ambil jalan mudah utk mengisi perutnye dan jangan juga kita jadi kambing tu yang membiarkan dirinya diperlakukan sedemikian.

Memang satu cerita yang mengandungi maksud tersurat dan tersirat.. ada yang terasa la kut masa ok wan kat parit tu. Wallahualam.

TW MAT ARUN berkata...

terima kasih memahami cerita tw ~ pengalaman ini tw rasa masa bekerja disana dahulu, biar menjadi kenangan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...