Selasa, 1 Februari 2011

TANAMAN KELAPA SAWIT


Kelapa sawit (Elaesis guinensis) adalah sejenis pokok palma yang berasal dari negara Afrika Barat.Ianya ditanam melalui percambahan biji benih yang terpilih (Dura X Pasifera) dan kini benih kelapa sawit telah dibiak secara tisu kultur.Semua benih untuk jualan dikawal selia oleh MPOB (Malaysian Palm Oil Board) untuk memastikan mutu dan hasilnya kelak.Kelapa sawit sesuai ditanam dilingkungan kawasan Khaitulistiwa dan kerap menerima hujan, dikawasan tanah pamah, kawasan landai dan berbukit rendah dan  tanah sedikit bergambut serta dimana semua tanah dikawasan tersebut mempunyai  kandungan air yang mencukupi.



Kelapa sawit telah mula di tanam di Kuala Selangor pada tahun 1911-1912, dan  Ladang Tenmaran di Kuala Selangor menanam kelapa sawit secara skala besar pada tahun 1917.Pada tahun 1960an keluasan tanah yang bertanam sawit semakin bertambah dengan pembukaan Estet persendirian seperti Sime Darby, Guthrie, United Plantation dan pembukaan Tanah Rancangan FELDA dan Felcra.Begitu juga industri perkilangan berasaskan sawit turut berkembang.Kini hasil kelapa sawit merupakan komiditi ekspot Malaysia yang utama selain hasil Petroleum.Harga komoditi ini selalu stabil dan sering harganya melonjak tinggi dipasaran dari sehari kesehari.


Kelapa sawit kebiasaannya akan berbuah kira-kira 30 bulan selepas ditanam bergantung kepada penjagaan, pengawasan, pembajaan dan penyenggaraan kebun.Buah Tandan Segar selalunya boleh dipungut apabila kedapatan 2-3 biji buah sawit leroi jatuh ke tanah.Pemangkasan buah tandan segar selalunya 14-21 hari sepusingan.Sekiranya kebun kelapa sawit di selia dengan baik bagi setiap hektar boleh mengeluarkan hasil buah diantara 25 m.t ke 40 m.t setahun.Buah sawit boleh menghasilkan minyak masakan dari perikapnya dan isi sawit dikenali sebagai isirong.Antara lain produk yang boleh dihasilkan dari kelapa sawit adalah lelemak, sabun, alat make-up dan lain-lain.


Walaupun begitu tanaman kelapa sawit juga mempunyai risiko dari serangan penyakit dan serangan serangga seperti serangan fungus, beluncas, ulat bungkus, kumbang tanduk dan belalang kunyit serta serangan haiwan mamalia seperti landak, monyet, tikus, tupai, babi hutan dan gajah serta haiwan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing.Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan pengawalan, penyenggaraan, pencegahan dan perawatan secara biologikal, mekanikal dan penggunaan kimia.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dimanakah dapat cari info bagi perbezaan untuk kelapa sawit dan gambah-gambahnya?

TOKWAN MATARUN berkata...

google je... kelapa sawit, Insyaallah ada saja gambar2nye...

Jana Pendapatan Sambilan berkata...

Banyak Manafaatnya. Terima Kasih

http://bajaorganikdigrow.blogspot.com/?view=classic



Jana Pendapatan Sambilan berkata...

Banyak Manafaat, terima kasih

http://bajaorganikdigrow.blogspot.com/?view=classic

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...