Ahad, 19 Disember 2010

KUCING KAMPUNG KUCING BANDAR


Terlalu asyik aku memerhatikan beberapa ekor kucing yang berada di kampung ku, kucing-kucing ini cergas dan tidak berlengkar sahaja di rumah.Kucing-kucing ini sentiasa bergerak kesana sini mengendap burung, tikus dan mencari kucing betina, lagaknya bagai sang harimau di hutan mencari mangsa serta menjaga kawanannya.


Aku teringat masa kecil dahulu kucing-kucing ini agak jinak dengan tuannya tetapi diluar rumah lagaknya berbeza terutama yang jantan memang bengis jika ada kucing jantan yang menceroboh masuk ke kawasan jagaannya.Sekiranya kucing jantan lain menceroboh atau berebut kucing betina sudah tentu dikejar atau berlaku pergaduhan. Pertengkarannya amat lama dan bising seolah-olah sedang berbalas kata.Setelah itu baharulah pertempuran berlaku sehingga menyebabkan kecederaan dan luka.


Teringat juga aku masa dahulu kucing bapa ku yang  pernah bergelut dengan ular bisa, walaupun ular tersebut membelitnya namun kucing itu dapat membunuh ular tersebut dengan menggigit kepala ular itu, penat juga kucing itu selepas bertarung.Ada juga kucing-kucing ini mati kerana patukan ular. Kucing-kucing yang hidup secara liar tiada bertuan yang menjadikan anak-anak ayam penduduk kampung sebagai mangsa makanannya. Selalu kucing ini diperangkap dan dibuang ke tempat lain.



Apabila ku lihat kucing yang tinggal di kawasan bandar, hidup mereka agak berlainan kurang aktif, jika ia lapar maka ia akan membuat bising dan meminta makanan dari tuannya.Makanan mereka pun adalah dari pelet dan makanan dalam tin yang dibeli di pasaraya atau di kedai, walaupun kucing ini diberi makanan ikan, ia tetap juga mahukan pelet tersebut dan meminum susu.Sekiranya ada tikus berdekatan adakalannya kucing-kucing ini tidak ambil kisah langsung, pernah juga aku melihat kucing-kucing ini di pasar makan bersama-sama tikus sisa-sisa makanan yang dibuang di tong sampah.


Kucing-kucing moden peranakan Parsi, Siam dan yang berbulu lebat, kehidupannya terlalu amat berbeza dengan jenis kucing tempatan, dimana kucing-kucing ini kelihatan kurang aktif, kebiasaannya suka tidor dan malas bergerak.Mungkin kehidupannya bergantungan pada tuannya.Kucing-kucing ini juga selalu terkena jangkitan penyakit.Untuk merawat penyakitnya juga adalah mahal, selalunya kucing jenis ini hanya untuk mainan dan perhiasan rumah semata-mata.



4 ulasan:

phytohystrix berkata...

slm,

kalau tgk di kedai haiwan peliharaan, kucin2 yg dah dikacukkan bakanya amatle mahai. mmg cantik tp mcm kata tok wan, buat main dan peneman je le..agak kurang aktif bergerak, x macam di kampung. kucin kampung ni seronok tgk gelagatnya, mcm2.. tok wan suke beno kucin ye? ayah crite tok wan syg sgt si umbin.. :)

TOKWAN MATARUN berkata...

TW sayangkan umbin seperti syg keluarga sendiri, walaupun rupenye buruk, namun umbin setia menemani tw dirumah.Umbin pun mkn pelet tp adakalanya kami berkongsi lauk,itu lah sbbnya tw jarang kemana-mana x mahu tinggal umbin lama2, kalau terpaksa tw pesan org sebelah rmh @ staf pjbt tw tolong bg makan.TW syg jgk kucing isteri tw rupenye pun mcm umbin namenye zorro, dulu tw ada memelihara kucing bernama Jebat, memang garang, suka mengejar orang dan menggigit kaki jika di usik, skrg Jebat dah hilang..kemudian kami memelihara kucing Parsi namanya Mus yg dikasi pemberian org, garang juga, suka cakar tgn atau menggigit, selalu saje dikurung dlm sangkar, tetapi telah pun mati, kalo nak kemana2 boleh saja dibawa dlm kereta...

phytohystrix berkata...

banyak pengalaman tok wan membela kucin..msti kucin tok wan cntk2 sbb jaga dgn baik,fatin tgk si umbin tu,mcm spesies kucin 'pakai stokin' je..? yg kaki putih tu. haha,comei! :D sayang rsnya kalau hilang atau mati, tp kalau kt dah jg dgn baik,xmgpa le tok wan,mungkin dah takdirnya bgtu..fatin bela ikan je..lama,ada berbulan2 smpai habih semester baru ni. ada sekali kume nak pg kenduri rumah kwn fatin di utara,tgglkn ikan dgn mknnnya yg fatin buat sdri tp mati bila kume blk..syg tp apa blh buat. hm..mungkin ada tsalah campuran kot,sbb dulu buat mcm tu jg,tp ok je ikan tu. hehe,skrg ni nak bela tuntung,x dibenokan sbb tkt mati nt berdose. hehehe..

TOKWAN MATARUN berkata...

Twsayang dan kesian, jika umbin tak de nanti rasenye tw x mahu lagi memelihara kucing sebab tw dah tak berapa mampu dah berumo ni... dulu tw dibantu anak2, kiniu mereka masing2 dah keluar bekerja dan belajar, tw pun kesana sini, agak susah nak memelihara kucing yg hidup bebas ni, bimbang menganggu jiran tetangga...jika ada kucing liar dirumah tw hanya memberi makan saja, sedangkan kucing2 itu tidak masuk kerumah bak umbin, tidor pun kadang kala berkongsi bantal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...