Jumaat, 19 November 2010

TAMAN PUTERI INDAH, 35500 BIDOR, PERAK DR.

Taman Puteri Indah, Bidor

Taman Puteri Indah, Bidor, Perak adalah sebuah taman perumahan yang masih baharu dibina di Bidor, dibawah pentadbiran JKKK Kampung Dato' Kamarauddin dan telah pun didiami kira-kira 2 tahun yang lalu.Taman ini terletak di Jalan Teluk Intan dan jika dari hala Bandar Tapah sebelum lampu isyarat pertama simpang ke kanan sebelum Pusat jualan Perodua dan melalui jalan utama Rancangan Perumahan Awam 3, Taman Permata, dan masuk ke persimpangan kiri hala ke Taman Puteri Indah ini.


Bentuk rumah yang ada di Taman Puteri Indah, Bidor

Kedudukannya strategik kerana berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan 2, Bidor dan Sekolah Menengah Kebangsaan  Jalan Telok Intan, Bidor.Selian pembeli yang menduduki rumah ini, ramai juga penyewa yang tinggal menyewa disini kebanyakannya penduduknya  adalah dari kalangan guru , polis gerakan am. kakitangan kerajaan, peniaga pesara kerajaan dan pekerja swasta.Penduduk disini adalah terdiri dari pelbagai bangsa, keturunan dan agama seperti Melayu, Cina, India, Orang Asli dan keturunan Singh.

Kemudahan asas di Taman ini adalah seperti Taman-Taman kediaman yang lain lengkap dengan jalan, letrik, bekalan air dan padang permainan tetapi masih belum ada surau untuk beribadah dan juga tiada dewan untuk mengadakan pelbagai aktiviti penduduk disini.Taman ini juga baru ditubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan telah diluluskan pada 14.4.2010 yang lalu dan buat masa ini masih belum begitu aktif namun aktiviti kecil-kecilan telah dijalankan seperti perjumpaan, ziarah, sambutan perayaan dan kenduri secara kelompok kecilan.
                
Mesyuarat KRT selalu diadakan dirumah Pengerusinya.InsyaAllah KRT di Taman ini akan bergerak lebih aktif pada masa yang akan datang dan sekiranya mendapat peruntukan dari Jabatan Perpaduan Negara disamping dapat menyediakan sebuah pusat KRT di Taman ini.Bagi penduduk beragama Islam buat masa ini beribadat di surau-surau di Kampung-kampung dan di Taman-Taman yang berdekatan dan perjumpaan dan mesyuarat terpaksalah menumpang buat sementara waktu dirumah-rumah ahli.

Penduduk di Taman ini hidup dalam keadaan baik dan harmoni tetapi terdapat juga gejala kurang sihat dari remaja yang suka menonggang motorsikal dalam keadaan laju dan ada juga yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral serta vandalisme yang merosakkan taman permainan kanak-kanak di taman ini.Disamping itu terdapat juga dikalangan penduduk yang bersikap kurang baik membuang sampah harian dimerata-rata tempat dan dipersimpangan-persimpangan jalan.Sikap sedemikian amatlah mendukacitakan kerana boleh mencemar keindahan, kebersihan serta kesihatan ditaman ini.Maka adalah diharapkan supaya penduduk yang melakukan perkara yang kurang disenangi ini berubah kearah kebaikan dan semangat kejiranan dan kebersihan perlu ditanam dikalangan penduduk serta amalan sikap tegur menegur menjadi satu budaya amalan bagi mengatasi masalah ini.

Adalah diharapkan juga penduduk disini tidak mementingkan diri tidak mahu bersama dan bercampur sekiranya ada aktiviti-aktiviti gotong royong, mesyuarat dan sebagainya.Sebagai sebuah masyarakat yang berbilang kaum marilah kita bersatu hati untuk memakmurkan taman ini dan adalah diharapkan dikalangan penduduk menjaga hati dan perasaan jiran tetangga supaya tidak berlaku pertelingkahan dan pergaduhan diantara satu sama lain.Sekiranya kita hidup dalam harmoni, bersih dan berdisiplin maka adalah dirasakan bertambah sejahteranya kehidupan di Taman ini dan menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk datang kesini.



Rumah ku ~





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sya guru baru transfer ke bidor sdg mencari rumah sewa.bleh x tlg bgi information lau ade rmh utk disewa..0194375267.

TOKWAN MATARUN berkata...

Taman Puteri Indah, jika mengajar di sekolah kebangsaan 2 atau sekolah menengah Kebangsaan Jalan teluk Intan, rasanya Taman Puteri Indah adalah sesuai untuk menyewa rumah disini, tetapi sekiranya mengajar di Sek Keb.Bidor, Sek.Ren.Keb.Bidor, Sek Choong Hua, Rendah/Men, Bidor, Sek Men. Syeikh Abd Ghani Bidor, rasanya agak jauh sedikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...