Aku bukanlah dari jenis orang yang suka membenci orang tak tentu pasal, bukan juga seorang yang pendendam, malahan aku suka berkawan, dengan sesiapa sahaja tak kira siapa, tak kira pangkat dan tidak pula mengira darjat.Akan tetapi entah kenapa dengan sidia yang seorang ini membuat aku terlalu getik. Semasa mula berkawan nampaknya biasa sahaja tetapi sesudah lama sedikit berkawan sudah pandai pula sidia menunjukkan belang dan cuba untuk mengawal diri ku, tanpa menyedari dirinya siapa dan tiada apa-apa kepentingannya pada aku.
Pandai sungguh dia membuat pelbagai cerita memburukkan aku dan sahabat-sahabat karib ku, dengan lidah yang bermain membelit kata bagaikan sawa memintal mangsa.Malahan suka memandang rendah, membezakan status kawan-kawan, serta suka mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang lain dan suka pula mengadu domba aku dengan sahabat-sahabat ku, apakah kebaikan untuknya, jika aku bermusuh dengan kawan-kawan ku, aku pun tak tahu.
Jika dahulu semasa berkawan suka benar si dia berbalas-balas pantun yang menjadi kegemaran dan minat ku sehingga menimbulkan salah sangka dikalangan sahabat handai yang mengatakan perhubungan kami seolah-olah sedang mabuk bercinta dengan pantun-pantun ku yang bermakna, namun aku bukanlah orangnya kerana fikiran ku masih waras dan boleh berfikir membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, dek pengalaman lalu yang pernah aku lalui.
Setelah diperhatikan dari tingkah lakunya, dia bukanlah seorang yang baik untuk ku meneruskan persahabatan, apabila melihat dia ini suka sangat menyebok dalam majlis orang lain yang tiada kaitan dengannya, disamping itu juga dia berusaha untuk memecah belahkan persahabatan orang lain.Hati ku juga bertambah menyampah, dengan sifatnya yang suka membanggakan diri seolah-olah dia terlalu sempurna jika dibandingkan dengan orang lain, dan semasa berbual selalu sangat mencarut yang membuat aku terasa segan dan malu kerana kata-kata yang busuk itu dihamburkan oleh seorang wanita.
Entahlah kadang-kadang kelemahan orang kita nampak, akan tetapi kelemahan sendiri kita tak tahu, kita banyak mengata orang, orang mengata kita entah macamana, kita suka mentertawakan orang, entah-entah orang yang mentertawakan diri kita.Porak peranda dunia dibuatnya, aduh!!! Bukan aku tak sudi berkawan lama tetapi disebabkan perangainya yang sedemikian, membuat aku getik, menyampah, muak dan marah.
Semoga dia akan berubah dari berkelakuan buruk dan sedar akan kesilapannya, kerana sudah ramai dikalangan kawan-kawan mula menjauhkan serta menyisihkan diri dari terus berkawan dengannya. Insaflah usia kini meniti senja !.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan