Ayah ingin mengucapkan ' Selamat Hari Jadi !' buat Fifi anak bongsu ayah yang sangat ayah sayangi, ayah berdoa agar Fifi panjang umur, murah rezeki serta berjaya dalam hidup, itu sahaja yang ayah harap dan sentiasa doakan.
Tiada hadiah istimewa buat Fifi dari ayah pada kali ini kerana ayah tidak mampu menyediakan hadiah yang berharga.Ayah bukanlah seorang yang kaya raya yang boleh memberi hadiah berharga akan tetapi hadiah dari ayah hanyalah kasih sayang ayah yang tidak pernah luntur serta pengorbanan ayah selama ini adalah demi kebahagian anak-anak kiranya nyawa ayah jadi taruhan ayah sanggup lakukan demi kalian semua.
Selama ini ayah sanggup bersusah payah bukan untuk diri ayah tetapi adalah untuk anak-anak, bagi ayah biarlah ayah hidup susah, tidak mempunyai wang ringgit yang banyak dan harta menggunung, asalkan anak-anak ayah dapat hidup selesa dan bahagia.Anak-anaklah harta ayah yang paling bernilai dalam hidup.
Oleh itu ayah berdoa kehadhrat Ilahi agar Fifi dan anak-anak ayah yang disayangi dan dikasihi berjaya dalam hidup, dan ayah sentiasa berdoa kepada Tuhan agar anak-anak ayah tidak menghadapi dugaan dan pengalaman seperti ayah alami sejak semuanya masih kecil hinggalah sekarang.Sesungguhnya ayah bahagia dan seronok apabila berada disamping anak-anak.Ayah tidak memerlukan wang ringgit dari kalian hanyalah kasih sayang dan doa.
hayatilah gurindam Opah Tibah semasa mendodoikan Fifi kecil masih dalam buaian untuk renungan ~
wahai anak ku cantik gemilang
kepada ayah, ibu mu hendaklah sayang
menjaga engkau bukannya senang
tidor tak lena dan makan tak kenyang
alih kiri, kekanan pun basah
penuh gelumang kencing dan muntah
ayah dan ibu mengasuh tak kira susah
nasihat mereka, janganlah bantah
Selamat Hari Jadi Fifi, semoga panjang umur, murah rezeki dan lebih berjaya dalam hidup !
Dari ayah..
AYAH .....
2 ulasan:
time kasih ayh..
fi2 pun syg ayh sgt2..
:')
Belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan, ayah tak sanggup melihat keluarga kita berada didalam serba serbi kekurangan....
Catat Ulasan