Khamis, 16 Disember 2010

ULAR DAN BIAWAK




Pada masa dahulu disatu tempat di pinggiran hutan terdapat dua 2 pasang haiwan yang terdiri dari sepasang biawak dan sepasang ular.Kedua haiwan ini tidak boleh bertemu, sekiranya berjumpa sudah tentu berlaku pertengkaran dan pergaduhan.Mereka saling salah menyalahi walaupun perkara yang hendak mereka tengkari itu kecil atau pun bukan bepunca dari kedua pasangan haiwan tersebut.Setiap hari ada sahaja perkara yang hendak dijadikan bahan bertengkar atau bergaduh.Sekiranya berlaku sesuatu hal, mereka saling tuduh menuduh  dan serang menyerang.



Pada satu hari ketika pasangan biawak mencari makan pasangan ular telah pergi ke sarang biawak dan mencuri serta memakan telur biawak.Setelah menjamah semua telur biawak itu maka sepasang ular pun beredar.Apabila pasangan biawak kembali kesarang mereka maka terkejutlah biawak itu dan biawak betina terasa amat sedih melihatkan telur-telurnya telah dirosak dan diratah begitu rupa.Lalu keduanya terfikir ini adalah perbuatan musuh mereka iaitu kedua ular itu.Lalu kedua mereka mengambil keputusan untuk membalas dendam.



Pada hari lain sedang pasangan ular mencari makan, pasangan biawak pula pergi  ke sarang ular dimana disitu mereka mendapati banyak telur ular.Apa lagi mereka tidak melepaskan peluang melahap kesemua telur-telur ular tersebut, dan setelah selesai memakan telur ular itu mereka pun beredar dan berpuashati kerana dapat membalas dendam atas perbuatan ular itu.


Apabila kedua ular kembali ke sarangnya apa yang didapati kesemua telur ular itu hanya tinggal kulit  yang bersepah-sepah.Kedua ular itu merasa marah lalu mengambil keputusan untuk menyerang pasangan biawak kerana mereka mengesyaki ini adalah perbuatan biawak-biawak itu kerana membalas dendam.Maka berlakulah tuduh menuduh dan masing-masing tidak mengaku melakukan perkara berkenaan.


Maka berlakulah pergaduhan dan pergelutan kedua-dua pasangan haiwan tersebut, entah bagaimana ketika berlangsungnya pergelutan, raja rimba sang singa lalu disitu lalu menengking kedua-dua pasangan haiwan itu lalu diadakan perbicaraan.Masing-masing menyalahkan diantara satu sama lain dengan pelbagai hujah, sukar bagi sang singa uintuk membuat keputusan lalu sang singa meminta kedua pasangan biawak dan ular mengangakan mulut untuk memerhatikan samada sisa-sisa telur terlekat mulut masing-masing, Setelah kedua pasangan haiwan itu menganga,  sang singa mendapati kedua pasangan haiwan itu mempunyai lidah bercabang, dan pada anggapan sang singa kedua pasangan haiwan itu tidak boleh dipercayai langsung lalu ia membuat keputusan supaya kedua-dua pasangan ular dan biawak itu bersalah, dan dihukum buang daerah berjauhan diantara satu sama lain.

~ cerita ini adalah rekaan tok wan sendiri sekiranya ada persamaan itu adalah satu kebetulan dan tidak disengajakan.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...