Sabtu, 18 Disember 2010

PENCURI ~


Pak Mail tinggal di Kampung Hulu dimana rumahnya berada dipinggiran hutan dan terdapat sebuah paya disitu.Walaupun Pak Mail tinggal dihujung kampung namun dia rajin berkebun dan memelihara binatang ternakan untuk menambah pendapatan selain menoreh getah yang merupakan pendapatan utamanya.
.
Binatang ternakannya terdiri dari ayam dan kambing.Oleh kerana beliau rajin maka binatang ternakannya membiak dengan banyak dan Pak Mail boleh tersenyum lebar kerana pendapatannya bertambah dari hari kehari, disamping itu ayam yang diternaknya selalu dijadikan makanan untuk keluarganya.



Namun begitu Pak Mail sentiasa kehilangan binatang ternakannya boleh dikatakan pada setiap hari.Pada satu pagi  Pak Mail terkejut besar semasa ke salah satu kandang kambing didapati ular sawa kekenyangan setelah membaham salah seekor kambingnya, lalu Pak Mail terus sahaja menetak sawa yang kekenyangan itu.Lega hati Pak Mail kerana pencuri kambingnya dapat dimusnahkan.


Kemudian Pak Mail ke reban ayamnya pula dan mendapati ayamnya pula berkurangan.,Beliau terus pulang kerumah lalu mengambil senapang patahnya, setelah membuat intipan beliau ternampak beberapa ekor biawak yang bersarang ditepi paya dan sentiasa merayap kereban ayam, lalu beliau tidak melepaskan peluang untuk membunuh biawak-biawak yang mencuri ayamnya itu.

Pak Mail berasa sedikit lega kerana musuh ternakannya sudah berakhir tetapi menghairankan Pak Mail ayam-ayamnya tetap juga hilang dari hari kehari, pada satu malam beliau dengan senapangnya menanti berhampiran reban ayamnya, alangkah terkejutnya beliau melihat sepasang biji mata berwarna merah menghampiri reban ayam itu, lalu beliau tidak membuang masa untuk menghala senapangnya lalu membidik tepat kehala sepasang mata itu, setelah itu beliau pergi kehala tembakannya tadi, didapati seekor musang rebah ditanah baharulah dia tahu musang juga merupakan pencuri ayam-ayamnya selama ini.


Pak Mail tetap tidak berpuashati kerana diwaktu siang terdapat juga anak-anak ayam peliharaannya disambar helang lalu pada hari itu beliau menunggu dibelakang rumahdengan sepucuk senapang, memerhatikan jika ada helang yang berlegar untuk menyambar anak-anak ayamnya, beberapa jam beliau menunggu didapati ada seekor helang yang sudah bersedia diatas pokok yang tinggi untuk menyambar  ayam lalu beliau tidak membuang masa menembak helang yang sedang hinggap diatas pokok itu lalu tersembam jatuh ketanah.


Sejak hari itu Pak Mail rasa senang hati kerana kesemua binatang musuh ternakannya dapat dihapuskan tetapi pada keesokan pagi Pak Mail berasa hairan kerana ayam-ayamnya tetap juga hilang direban, apakah pula yang menjadi musuh ternakannya kali ini.Setelah Pak Mail ke pasar didapati ayam-ayamnya telah berpindah pula didalam sangkar dipasar dan dua tiga ekor kambingnya berada pada pembeli kambing di kampung seberang.Inilah musuh yang paling sukar untuk dihapuskan olehnya.







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...