Di dalam kebun Pak Ali terdapat beberapa batang pokok durian, kelapa dan pokok pisang.Boleh dikatakan sepanjang musim berbuah.Tetapi malangnya buah pisang dikebunnya selalu dimakan dan dirosakkan oleh seekor beruk yang masih muda, begitu juga buah kelapa di kebunnya selalu ditebuk oleh sang tupai.Begitulah yang dialami oleh Pak Ali setiap hari, kebunnya selalu diganggu oleh kedua makhluk ini.
Pada satu hari Pak Ali kekebunnya, didapati pokok pisangnya telah dirosakkan, dan buah-buah pisang yang hampir masak juga bertaburan ditanah angkara beruk muda itu, kemudian Pak Ali melihat pula pada pokok kelapa, apa yang dilihatnya banyak kelapa muda yang ditebuk oleh tupai itu.Geram sungguh Pak Ali pada hari itu, tupai melompat ke satu pokok ke pokok yang lain, serta menebuk kelapa muda yang lain sambil berbunyi seakan-akan mentertawakan Pak Ali.Begitu jugalah beruk tunggal di kebun Pak Ali ini lari kesana sini sambil berbunyi seakan-akan mengejek Pak Ali.
Apakan daya Pak Ali kerana dia tidak mempunyai senapang untuk memusnahkan kedua haiwan yang bermaharajalela di kebunnya.Pak Ali pulang kerumah dengan perasaan hampa, tetapi manusia memang mempunyai akal yang panjang lalu dia terfikir untuk membuat perangkap untuk menangkap kedua musuh tanamannya.Sampai dirumah Pak Ali terus sahaja membuat jebak untuk dipasang dikebunnya nanti.
Keesokan harinya Pak Ali pun memasang jebak yang dibuatnya kelmarin.Tupai dan beruk memerhatikan sahaja Pak Ali yang sibuk memasang perangkap yang berumpankan beberapa biji pisang masak.Setelah siap memasang jerat itu Pak Ali terus ke satu sudut kebunnya sambil mengendap jika haiwan-haiwan itu masuk keperangkap itu.Perlahan-lahan beruk muda itu mendekati perangkap itu lalu tanpa berfikir panjang ia memasukinya untuk memakan umpan buah pisang masak didalam perangkap, apabila direntapnya pisang itu maka pintu perangkap itu pun tertutup, apalagi meronta-ronta beruk itu untuk melepaskan diri.
Sang tupai tidak memperdulikan beruk yang tertangkap itu, ia masih meneruskan acara pesta menebuk kelapa muda disitu.Tupai ini sukar untuk di pedayakan oleh Pak Ali dengan jeratnya.Setelah lama menunggu Pak Ali pun pulang kerumah dengan se ekor beruk yang masih muda itu untuk dilatihnya sebagai pemanjat kelapa.
Pada keesokan harinya pula Pak Ali kekebun untuk melihat jika tupai itu masuk perangkap tetapi hampa kerana tupai itu cerdik dan tidak mendekati perangkap yang dipasang oleh Pak Ali.Pak Ali tidak putus asa, kali ini Pak Ali hanya membubuh gam pelekat tikus pada sebatang dahan pokok yang agak rendah dan diumpannya dengan beberapa buah-buahan segar di situ, selepas itu dia pun balik kerumahnya.Pada petang itu Pak Ali pergi semula dikebunnya dan beliau mendapati jeratnya telah mengena, dimana tupai itu bergelumang dengan gam yang dipasang oleh Pak Ali, puas ia meronta tetapi semakin kuat ia meronta semakin lekat gam yang dibubuh itu keseluruhan bulunya.Akhirnya tupai itu letih dan dibiarkan di situ hinggalah menemui ajalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan