Adakah aku seorang pendendam ? kenapa pula ku perlu berdendam dan siapa pula orangnya nak aku dendam.Buat masa ini belum ada niat dalam hati untuk berdendam dengan sesiapa meskipun diri ini telah diperlakukan oleh mereka yang tidak berpuashati pada ku, entah mengapa.Namun biarlah aku dengan cara ku sendiri dengan membawa hati ini dan ku pujuk agar ianya lembut agar menyisihnya dari bersifat dendam dan kesumat.
Sekiranya ada tuduhan sedemikian janganlah aku dijadikan pula sebagai alat untuk dimaki hina atau timbul syak wasangka yang bukan-bukan.Aku tetap senyum dan akan terus bersenang hati dengan cara ku sebebas mungkin dari sifat buruk seperti dengki, mengumpat, mengadu domba, fitnah memfitnah, berburuk sangka serta berdendam. Sebenarnya aku tidak suka mencampuri urusan orang lain yang bersikap sedemikian dan pada ku sikap seseorang sebegini tidak memberi sebarang faedah terhadap ku.
Oleh itu sekiranya ada dibenak perasaan seseorang yang memikirkan aku bersikap begitu, elok sahaja dinyahkan dari kotak fikiran.Adun dan asuhlah pemikiran sedikit diluar kotak akal sendiri dan tidak menyalahkan langkah orang lain untuk diajak mengikut langkah sendiri.Pandang dan tenung serta perbetulkanlah gerak langkah tempang dan senget sendiri terlebih dahulu sebelum mahu mengajar dan membetulkan langkah orang lain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan