Sabtu, 15 Januari 2011

Konspirasi ~



Sedih juga rasanya apabila kita cuba untuk membaiki kecapaian sesuatu matlamat samada didalam tugas atau pun persatuan, mendapat sabotaj dari ahli atau rakan setugas.Ada dikalangan rakan setugas yang menunjuk sokongan dan menunjuk adab berbaik sangka rupanya merekalah yang menjadi dalang untuk menjatuhkan seseorang dengan pelbagai agenda, cara, cerita andaian palsu, sehingga menyebabkan orang lain terpedaya, terpengaruh serta mempercayai cerita dan muslihat agenda buruknya.


Apalah faedah yang akan beliau dapat hanyalah semata-mata untuk mendapat pujian, perhatian dan untuk mencapai agendanya yang tersendiri tanpa memikirkan nilai persahabatan.Walaubagaimanapun agendanya tetap juga terserlah kepalsuan walaupun melempar batu sembunyi tangan serta sikap pura-puranya itu bak mengkarung, sesumpah dan cicak kobing. Janganlah menjadi Napolean kecil dalam persatuan ataupun rakan sekerja untuk menjatuhkan maruah sahabat sendiri serta menggunakan orang lain sebagai kuda tunggangan untuk mencapai hajat agenda jahatnya.

Tanpa disangka sangka sifat baik yang berpura-pura rupanya mempunyai hati yang amat busuk bagaikan bangkai yang suka melihat kejatuhan orang lain.Apabila agendanya mula dikesan dan hampir gagal untuk menggapai impian serakahnya, maka agendanya itu pula dipertanggung jawabkan pula kepada kuda-kuda tunggangan dan keldai-keldai bagasi yang bodoh lagi dungu tanpa menyedari diri mereka dipergunakan.Insaflah janganlah mengadakan cerita-cerita andaian yang tidak sahih dan mereka cerita yang tidak benar dan tidak berfakta, serta tiada faedah dan tiada untungnya jika ingin melondeh kisah orang lain sedangkan diri sendiri belum tentu berkebolehan dek kerana  pujian palsu dari orang lain.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...