Perbuatan menghasut orang lain, melagakan orang dan suka memprovokasi kepada seseorang yang dibenci amatlah tidak berfaedah dan tiada mendatangkan keuntungan.Orang yang lebih berusia janganlah mengajar orang-orang yang lebih muda supaya bersikap kurang manis , kurang ajar dan tidak menghormati orang lain terutamanya kepada ketua ataupun pemimpin serta golongan orang tua didalam sesuatu organisasi atau penempatan.Orang yang lebih tua perlu mengajar sifat-sifat yang baik, murni, bercampur dengan mereka serta memupuk perasaan sayang supaya mereka pula boleh menghormati orang-orang yang lebih tua dari mereka.
Akan tetapi jika sebaliknya orang-orang muda pula melakukan kerja-kerja provokasi, tidak menghormati golongan tua, mengandaikan diri mereka terlalu sempurna serta bijak dari golongan yang lebih berusia maka amatlah malang, mereka hanya mendapat kurugian kerana tidak dapat tunjukajar yang berguna dari pengalaman orang lama sebagai panduan hidup mereka untuk masa yang akan datang.
Oleh itu sebelum berlaku sebarang konflik diantara kedua golongan, perlulah diadakan perbincangan dan rundingan lebih kerap agar hubungan antara kedua golongan tersebut dapat mencapai satu keputusan yang menguntungkan kepada kedua belah pihak.Pecanggahan pendapat antara dua golongan ini adalah biasa tetapi untuk mengelakkan konflik itu dari berterusan maka pertemuan kedua belah pihak amat perlu supaya setiap belah pihak dapat menerima sesuatu teguran, nasihat dan penyelesaian isu. Jurang konflik itu juga dapat di kurang atau diselesaikan dengan cara yang lebih positif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan