Khamis, 27 Januari 2011

oh kambing !


Kambing adalah binatang yang banyak perumpamaan untuknya.Perumpamaan dan bidalan yang berkaitan dengan kambing selalunya berkaitan seseorang yang tidak suka mandi kerana kambing adalah salah satu binatang yang takut kepada air.Kambing juga selalu dijadikan umpan untuk memerangkap binatang liar seperti harimau, buaya atau pun sawa selain menjadi makanan manusia.


Bayangkanlah jika seekor kambing ingin menjadi juara kejantanan dalam kumpulannya dan memakai kulit harimau dan lagaknya meniru lagak si harimau, kemudian ia bercampur pula dengan sekumpulan harimau tanpa menyedari kakinya tiada berkuku panjang dan tajam, giginya pula tiada bertaring, yang terlalu jelas ia hanya mampu mengembek dan tidak boleh mengaum seperti harimau yangmana akhirnya ia terus menjadi mangsa dibaham sekumpulan harimau itu.

Walaupun begitu untuk memelihara kambing bukannya mudah, tetapi yang dimaksudkan disini bukanlah seperti kambing yang dijaga rapi disesuatu kawasan dan perladangan yang tidak seperti kambing kampung yang bersifat lepas bebas atau separa bebas memang tidak mudah untuk mengawalnya.Jika kambing-kambing ini tidak dikawal dengan baik oleh penjaganya ianya selalu mendatangkan masalah kepada penduduk kampung kerana selalu kambing-kambing ini selalu menceroboh kebun orang serta merosak tanaman orang dihalaman atau di belakang rumah.Oleh itu bagai dikatakan orang lebih senang mengawal kambing di padang dari dilepas bebas di kawasan yang lebih lapang.


Namun begitu kambing adalah haiwan yang mudah mesra dan sentiasa senyum terutamanya senyuman kambing jantan yang berjanggut panjang, senyumannya setakat untuk memikat kambing-kambing betina sahaja, tetapi malangnya kambing itu tiada bermisai untuk menggerunkan haiwan lain terutamanya ular sawa yang sentiasa sahaja menjadikan kambing sebagai mangsa.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...