Pada 8.1.2011 selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Haji Haridan Radzi (Idan Radzi) di Sewan Kompleks Bangi, Selangor, kami telah dijemput pula oleh Saudara Nidzamuddin Sulaiman untuk kerumahnya.Maka kami pun pergi beramai-ramai untuk menyambung perbualan kami di situ.
Apalagi riuh rendah suasana dirumah Nidzamuddin dengan gelak ketawa dan gurau senda, kerana kami dapat berkumpul disini secara lebih bebas jika dibandingkan di Majlis kenduri perkahwinan anak Idan, maklumlah tidak manis untuk kami bergurau senda dimajlis perkahwinan itu.

Kami turut dihidangkan dengan makanan seperti minuman, kuih muih, satay, dan tidak disangka-sangka Saudara Nidzam juga menghidang kan kami dengan buah oren, mungkin mengambil tema pakaian kami semasa hadir ke majlis kenduri Idan tadi.Masing-masing mengambil kesempatan bersembang maklumlah sudah agak lama juga kami tidak bertemua muka.
Seperti biasa sebelum kami pulang acara bergambar tetap diadakan.Masing-masing mengambil gambar kawan-kawan untuk dijadikan kenangan pertemuan tersebut.Anak-anak dan isterilah yang menjadi orang suruhan untuk mengambil gambar kami pada hari itu.Sesungguhnya pertemuan di kedua-dua majlis ini amat menyeronokkan dan Insya Allah acara ziarah dan pertemuan ini akan diadakan dari semasa kesemasa.
Terima kasih Saudara Mohd Nidzamuddin, isteri dan anak-anak beliau kerana sudi serta sedia melayani karenah kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan