Pada 8.1.2011 Zuraida, Jaja dan aku telah berkongsi kereta, untuk hadir ke majlis perkahwinan anak Haji Haridan Radzi (ahli RK Batch 1972) di Dewan Kompleks Bangi.Pada mulanya kami merancang untuk menaiki kereta Saudara Roslan Khairuddin tetapi beliau tidak dapat pergi seperti yang dijanjikan kerana ibunya telah dimasukkan kehospital kerana sakit.
Kami bertolak pada jam 9.45 pagi dan sampai ke majlis tersebut pada jam 11.45 pagi dan merupakan orang yang terawal hadir di majlis itu.Kami menunggu kehadiran kawan-kawan lain yang tinggal di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.Pada hari tersebut kami berpakat untuk memakai pakaian sedondon berwarna jingga, jadi ramailah kawan-kawan yang berpakaian warna itu, akan tetapi ada juga diantara kawan-kawan yang tidak memakai pakaian berwarna tersebut kerana maklumat tidak sampai.
Kawan-kawan yang hadir seramai 16 orang dan ada yang datang bersama keluarga dan ada yang datang awal dan terdapat juga datang lewat.Aku lihat wajah Haridan cukup ceria kerana kehadiran kami yang seramai itu, disamping cara kami berpakaian sedondon menambah meriah majlis tersebut.Idea untuk memakai pakaian berwarna jingga (oren) asalnya dari Ramsinah, Zuraida dan aku semasa berpesanan ringkas dan komen di facebook kemudian dipersetujui oleh Roslan Khairuddin, sehingga perkara ini aku hebahkan kepada semua kawan-kawan melalui halaman facebook dan di halaman facebook Rancangan Khas St.Michael, Ipoh.Aku tidak menyangka apa yang kami komen dan cadangkan telah mendapat perhatian dari kawan-kawan.
Setelah selesai makan, tuan rumah mengadakan acara bergambar kami bersama pengantin , yangmana tanpa disangka-sangka ramai yang mengambil gambar kami yang berpakaian sedondon termasuk dari kamera-kamera yang kami bawa secara perseorangan.Memang acara itulah yang menambahkan lagi kemeriahan majlis perkahwinan tersebut dan aku rasa mungkin juga idea ini akan menjadi ikutan orang ramai setelah melihat gaya dan pakaian kami pada hari itu.Selepas acara bergambar kami pun bersalaman dengan Haridan memohon untuk pulang dan kami telah berjanji untuk sekali lagi bertemu pula di rumah Saudara Mohd Nidzamuddin yang tidak jauh dari situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan