Isnin, 18 April 2011

BERIADAH MAIN BOWLING





Setelah berusia 53 tahun tokwan kembali semula berjinak-jinak dengan sukan bowling yang telah lama ditinggalkan sejak usia melepasi tahap umur 45 tahun.Walaubagaimanapun tokwan bermain bowling sekadar bersuka-suka, memenuhi masa, beriadah disamping mengeratkan tali persahabatan dengan sahabat handai.Balingan dan skor bukanlah menjadi tujuan utama bagi tokwan.



Bila bermain bowling bersama sahabat handai rasanya dapat menghilangkan rasa stres serta  dapat bergembira bersama-sama sahabat berkumpul dan bermesra.Maklumlah diusia begini sahabat handailah yang diperlukan untuk berbincang dan bersembang-sembang memikirkan arah hala kehidupan di hari-hari tua.Biasanya kami bermain di Jaya Jusco Ipoh Bowl sahaja kerana tempat tersebut senang mengatur pertemuan.



Terdapat juga beberapa orang sahabat yang masih lagi mempunyai skil dalam permainan ini, namun bertahan setakat 2 permainan sahaja kerana telah ramai yang semput dan keletihan memandangkan faktor usia yang semakin meningkat.Pertemuan sebegini memang menyeronokkan kerana masing-masing mahu menunjukkan kehebatan dan kemampuan yang akhirnya keletihan.Kebiasaannya sebelum atau selepas bermain bowling kami minum atau makan bersama.


Bila ada kesempatan sesuatu program persatuan sudah pasti kami berkumpul beramai-ramai, ada yang datang dari jauh semata-mata untuk bermain dan berkumpul.Bukan selalu dapat berkumpul bersama-sama sebegini dalam masa setahun.Sesungguhnya persahabatan sejak berada di bawah satu bumbung semasa bersekolah di St.Michael amat menyeronokkan.


Walaupun tokwan merupakan senior dalam persatuan pelajar di St. Michael, Ipoh, namun kebaikan dan kemesraan adik-adik dari sekolah yang sama amat membahagiakan tokwan kerana mereka memang mengormati dan sedia berkawan dengan tokwan yang sudah lebih seabad umurnya jika dibandingkan adik-adik yang lain.Terima kasih kepada sahabat yang masih sudi bersama tokwan.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...