Ahad, 7 November 2010

MASJID MUHTADIN BIDOR


Masjid ini terletak disebelah sungai Bidor hala ke selatan Pekan Bidor, terletak di tepi jalan menghala ke pekan Sungkai.Masjid Jame' yang dikenali sebagai Masjid Al Muhtadin, Bidor telah dibina dan diubah suai beberapa kali dan Masjid ini telah wujud di tapak ini satu abad yang lalu dan kali pertama dibaik pulih dalam tahun tujuh puluhan dan kini masjid ini telah dirobohkan dan dibina baru di kedudukan asalnya.Binaan baru masjid ini masih mengekalkan sedikit sebanyak bentuk asal masjid yang lama.

Antara imam-imam yang pernah memimpin jemaah di Masjid ini dari tahun 1960an diantaranya adalah Allahyarham Tuan Haji Lob, Allahyarham Tuan Haji Khalid, Allahyarham Tuan Haji Yunus, Tuan Hj Ramli, Allahyarham Ustaz Hj Ali, Ustaz Shamsuddin bin Ngah Jaya, Allahyarham Tuan Hj Karim, Tuan Haji Hassan, Tuan Hj Adnan dan Encik Awalluddin bin Ismail.


Diantara Pengerusi Masjid Al-Muhtadin Bidor ialah Allahyarham Ramli bin Shaari, Allahyarham Cikgu Ariffin bin Haji Zainuddin PJK, Tuan Haji Abdullah bin Yaakub, Allahyarham Tuan Haji Salleh bin Bidi, Allahyarham Haji Zainal bin Abdul Rahman, Allahyarham Tuan Haji Ismail bin Shariff, dan kini Pengerusi Masjid Al-Muhtadin ialah Tuan haji Yahaya bin Osman AMP PJK.
                     
Disamping jemaah yang ada masjid ini selalu dikunjungi dan disinggahi oleh orang luar kawasan untuk menunaikan sembahyang ketika dalam perjalanan menghala Kuala Lumpur atau hala ke Ipoh, kerana kedudukannya terletak ditepi jalan disamping kemudahan meletak kereta yang luas.Semoga dengan pembinaan baru dan pembesaran bangunan Masjid ini mudah-mudahan menggamit lebih ramai lagi menunaikan sembahyang jemaah dan juga aktiviti-aktiviti agama Islam disitu.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...