Sabtu, 11 Disember 2010

HUTAN LIPUR LATA ISKANDAR, TAPAH


Hutan Lipur Lata Iskandar terletak 25km dari Pekan Tapah hala ke Cameron Highland, Pahang.Air terjunnya sederhana tinggi dan air mengalir sejuk kekawasan mandian tidaklah begitu luas.Kebiasaannya menjadi tempat rehat orang ramai sebelum meneruskan perjalanan dari Tapah ke Cameron Highland atau sebaliknya.

Walaubagaimana pun dihari-hari cuti kawasan ini dipenuhi orang ramai yang berkunjung atau berkelah.Airnya yang sejuk, jernih, tidak hairanlah anak-anak tidak melepaskan peluang untuk bermandi manda, tetapi kebiasaannya tidak bertahan begitu lama kerana kesejukan airnya membuat mereka cepat terketar-ketar dan berbibir biru.

Mempunyai pemandangan yang indah serta hutan yang mengelilingi kawasan ini memang hijau dan menyegarkan mata memandang.Disini ada disediakan surau untuk mereka yang ingin bersolat serta kemudahan lain seperti tangga untuk mendakai ke bahagian atas untuk melihat puncak air terjun ini, tetapi berbahaya untuk anak-anak.Bagi mereka yang sudah berumur lanjut untuk naik kebahagian atas mungkin sukar sedikit kerana mungkin hilang kudrat diseparuh pendakian dan sakit lutut untuk sampai.

Hutan Lipur Lata Iskandar terletak dibawah selia tadbir Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Tapah. Kemudahan dan kebersihan di sini amat terkawal.Bagi mereka yang ingin membeli cenderahati atau mengisi perut terdapat pelbagai gerai dibina dikiri kanan jalan.Harga makanan dan produk jualan agak sedikit mahal tetapi berpatutan, maklumlah kedudukan kawasannya jauh dari pekan.


  

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...