Ahad, 12 Disember 2010

KISAH KUCING JANTAN DAN AYAM JANTAN

gambar kucing jantan putih

Pada satu pagi ada seekor ayam jantan ' si jalak ' dengan megah berdiri di tunggul pokok sambil berkokok bertalu-talu menyebabkan seekor kucing 'si putih' yang tidur berhampiran disitu terganggu lenanya.Si putih merasa marah pada si jalak maka berlakulah pertengkaran diantara mereka.

Si Putih: "sudahlah jalak kau ni asyik memekak saja pagi-pagi buta ni, menganggu yang lain..."

Si jalak: "apa yang kau sibok sangat, kerana itu adalah cara ku setiap pagi, malam tadi kau bising mengiau-ngiau galak dan bising sedikit pun aku tak sibuk pun..."

Si putih: "itu adalah cara ku, jika tidak tentu isteri ku tak datang ke sisiku"

Si jalak: "oh ! begitu, tidakkah kau tahu, kau juga menganggu yang lain tidor diwaktu malam, aku setakat berkokok diwaktu pagi kerana boleh memberi faedah kepada tuan kita bangun untuk mencari rezeki, kau hanya menganggu tidur tuan dan keluarganya sahaja diwaktu malam, kadang-kadang kau bergaduh sehingga menganggu ketenteraman tuan kita dan keluarganya..."

Pertengkaran si putih dengan si jalak telah melibatkan perkara yang tidak berkaitan dengan soal tadi, terlajak hingga ke hal peribadi pula...

Si putih:"kau jalak rupa mu cantik berwarna warni, ekor mu panjang berjurai tetapi malangnya kamu megah ketika berkokok tetapi, kaki mu tidak bersalut bulu, kering dan kotor, serta ekor mu bergelumang najis sendiri..."

Si Jalak:" kau apa kurangnya, warna yang putih, gebu dan bersih, walaupun boleh dikatakan seluruh tubuh kau dibaluti bulu tetapi tak malu kerana tidak dapat menyembunyikan kerandut kemaluan sendiri serta membuat kotoran memancut disana sini.."

Akhirnya Si putih dan Si jalak beredar dari situ kerana membawa haluan masing-masing kerana pertengkaran mereka tiada berkesudahan kerana keduanya ingin menegakkan benang yang basah.


renungkanlah..


 ~ cerita ini adalah rekaan tok wan sendiri sekiranya ada persamaan itu adalah satu kebetulan dan tidak disengajakan.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...