salah satu kebun getah yang ditanam lebih dari 70 tahun
di Bidor
Pada abad ke 17 Bidor hanya didiami oleh orang tempatan dan suku kaum Orang Asli yang hidup secara tradisional iaitu berkebun dan kerja-kerja tradisonal yang lain.Pada abad yang ke 18 ramai orang Sumatera suku Rao yang berhijrah ke Bidor.Ada dikalangan mereka yang berkahwin dengan penduduk tempatan dimana mereka juga bekerja sebagai peladang.
Pada masa yang sama ramai orang-orang Melayu yang pindah ke Bidor dari negeri-negeri sebelah selatan dan utara semenanjung.Mereka juga telah membuka penempatan dan membuka ladang getah dan buah-buahan.Apabila perlombongan bijih timah dibuka di Bidor maka lebih ramai imigran Cina yang menetap disini maka Bidor telah berubah wajah menjadi pekan kecil.Seiring dengan itu juga pedagang Inggeris telah membuka kawasan perladangan getah dan telah membawa buruh dari selatan India.
masih ada pemilik kebun yang menanam getah
Antara ladang yang telah dibuka oleh Inggeris di Bidor ialah Ladang Banopaden, Ladang Bedrock, Ladang Bidor Baharu, Ladang Bidor Tahan, Ladang Bukit Katho dan Ladang Gedong.Semasa perang Korea harga getah melambung tinggi menyebabkan lonjakan ekonomi bagi Bidor dan penduduknya yang bergantung kepada ladang dan kebun-kebun getah.Kini ladang-ladang tersebut telah diambil alih oleh penduduk tempatan.
Pada tahun 1980an dimana harga getah telah jatuh tetapi harga kelapa sawit melonjak menyebabkan ladang-ladang getah yang besar dan kebun-kebun kecil telah menukarkan tanaman getah mereka kepada tanaman sawit.Hanya tinggal ladang Bukit Katho sahaja yang masih mengekalkan tanaman getah tetapi tidak sampai pun separuh dari keseluruhan keluasan ladangnya yang bertanam dengan kelapa sawit.Perubahan tanaman ini amat ketara sehingga sekarang kerana masalah pemilik dan pengusaha kebun yang telah tua serta pekerja ladang tempatan yang amat terhad.Kebanyakan pekerja-pekerja ladang juga telah ramai yang diambil alih oleh pendatang asing.
Maka tinggallah kebun-kebun getah yang kecil-kecil yang masih diusahakan oleh penduduk kampung dan separuhnya pula memajak kebun-kebun getah mereka atau mengupah sahaja kerja-kerja penorehan kepada penoreh asing.Walaupun kini harga getah telah melonjak tinggi namun keupayaan pemilik kebun untuk menoreh amat terbatas dan kerja-kerja dikebun juga tidak dapat diwarisi oleh anak-anak kerana mereka telah berhijrah dan bekerja dibandar-bandar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan