Memimpin
Tugas-tugas seorang yang memimpin organisasi adalah menjalankan etika kerja, menjalalankan falasah tugasan, arah hala tujuan, menjalankan dasar organisasi serta memotovasikan kumpulan dibawahnya.Seorang pemimpin perlu memberi dorongan kepada orang bawahan supaya bersama-sama memajukan diri dan memajukan organisasi.Lagi besar organisasi maka bertambahlah tanggung jawab seorang itu memimpin.Jatuh bangun, jaya atau mundurnya operasi organisasi itu adalah terletak diatas kecekapannya.Orang yang memimpin juga bertanggungjawab kepada orang yang diberi tugas untuk mengurus dan mentadbir organisasi.
Mengurus
Orang yang mengurus organisasi adalah orang yang membantu tugas-tugas yang diarahkan oleh seorang yang memimpin organisasi.Seorang yang mengurus perlu mempunyai kecekapan dari segi kawalan orang yang dibawahnya serta cekap mengurus kewangan, mengawal perbelanjaan organisasi.Kawalan petugas-petugas terletak dibawah tanggungjawabnya termasuklah kebajikan, hospitaliti kakitangan dan lain-lain.Sekiranya pihak yang mengurus gagal memainkan peranan dan tidak cekap maka kesannya akan dirasai oleh orang yang memimpin dan orang yang mentadbir organisasi itu.
Mentadbir
Mentadbir
Seseorang yang diberi tugas untuk mentadbir seperti mengawal selia orang yang dibawahnya setelah menerima arahan dari seseorang yang memimpin dan orang yang mengurus sesuatu organisasi.Segala arahan perlu diselia dengan cekap dalam mengatasi masalah serta melaksanakan segala projek dan program yang telah diarahkan dari semasa kesemasa.Segala tugas perlu mendapat arahan dan persetujuan dari orang yang memimpin dan mengurus.Sekiranya orang yang mentadbir tidak menjalankan tugas seperti diarahkan maka kesannya akan dirasakan oleh orang yang memimpin dan mengurus organisasi.
Kesimpulan
Oleh kerana ada 3 peringkat susunan ini maka segala tugas tidak akan bercelaruan kerana petugas yang diberi kuasa tahu akan hak dan tanggungjawab masing-masing serta tidak menyalah guna kedudukan mengikut hieraki yang telah ditetapkan.Ketiga-tiga rangkaian ini adalah saling bergantungan antara satu sama lain, agar sesuatu organisasi itu dapat berjalan dengan lebih teratur dan lancar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan