Keindahan mata ku hanyalah melihat keayuan, kecantikan, kejelitaan kemesraan, kebahagian dan kejayaan orang, akan tetapi orang sedikit pun tidak memandang mahu pada ku yang semiskin ini melata hidup tersisih dari mata orang lain.Usahkan menjeling bibir pun tidak mampu terbuka untuk menyapa akan kehidupan ku yang serba kekurangan, miskin lagi hina ini.
Aku sedar betapa diri ku tidak begitu sempurna jika dibandingkan dengan orang lain yang hidup senang, berharta dan berpelajaran tinggi.Apalah yang ada pada ku hanyalah jasad bernyawa, hidup derita tanpa berharta, miskin pula budi bahasa.Biarlah segala penderitaan, kelukaan, kedukaan dan kegetiran hidup ini ku tanggung sendirian.
Biarlah aku tidak dipandang, tidak disapa mahupun dijengah namun segala yang dialami biarlah aku sendiri yang menanggung keperitannya.Biarlah diri ini hidup terbuang dan dipinggir laksana melukut di tepian gantang, namun kehidupan merempuh cabaran dan dugaan dunia harus aku teruskan demi mencari kebahagian diri sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan