Salam sayang, salam rindu untuk mu buah hati ku.Hanyalah kau seorang yang selalu dirindu terbayang di ruangan mata dan sentiasa mengisi kekosongan hati.Rindu ku seluas lautan, kasih segunung intan, sayang setinggi awan, selagi ada hembusan bayu yang membelai pepohonan kayu selagi itulah diri ini memendam impian dan harapan untuk hidup bersama mu.Setia ku menanti dan sabar ku menunggu hadirnya saat untuk kita bersama hidup berdua.
Tidak mungkin terpadam rindu ini pada mu kerana sayang adalah amat teristimewa dalam hidup ku.Jika kau adalah sekuntum bunga biarlah selalu mekar berkembang di taman hati.Seandainya kau adalah sungai maka airnya selalu mengalir bersama darah di setiap saluran darah ku.Senyum dan tawa mu umpama suria yang ceria memancar sinarnya di waktu pagi.Namun janganlah kasih mu bertandang seperti embun pagi yang hanya bertandang seketika dan akan lenyap apabila dibawa bayu dan dipancaran cahaya mentari.
Aduhai sayang jika gerimis bertandang akan ku nanti ia berhenti agar dapat ku kejar bayangan pelangi untuk ku lipatkan sebagai hadiah untuk mu tersayang sebagai selimut menghilangkan dingin tubuh mu dan sebahagiannya untuk kau jadikan pakaian dan selendang menutupi setiap inci jasad dan rambutmu.Agar dapat ku lihat betapa berseri dan ayu jelita wajah mu nanti seindah jalur gemalur pelangi.Oh awan mendung yang melitupi langit janganlah kau titiskan lagi hujan kerana akan menambah gelisah dan kesedihan ku.
Awan mendung yang berarak segeralah kau berlalu, semoga suria bersinar kembali menerangi suram dan kelamnya hari.Sayang, biar ku titip salam kasih mesra bersama keresahan hati , bukalah hati mu untuk menerima kesetiaan dan kejujuran ku agar terus meresap rindu ku ke sanubari mu.Rindu membuat aku sepi, rindu mengajar aku erti kasih dan rindu membuat aku lebih menyayangi serta mencintaimu lebih mendalam. Rindu ku seluas lautan, kasih ku setinggi awan dan sayang ku seluas mata memandang tiada bersempadan.
Terima kasih sayang kerana sudi menerima ku sebagai kekasih dan akan ku julang serta ku sanjung kasih sayang mu.Biarlah ia sentiasa berbunga di taman hati.Akhirnya sambutlah salam rindu dendam, kasih sayang untuk mu yang bertakhta di hati.Meskipun kekadang langit merintih menangis, sedu sedan, sayu dan pilu tetapi aku tetap ceria serta bahagia terbayang, terpandang-pandang wajah terukir senyuman manis di bibir mu.Dirimu dimana-mana sentiasa bermain di ruang mata ku.
SEKUNTUM BUNGA PUJAAN HATI
Biarlah rindu ini bertandang setiap hari dan ketika, tetapi apakan daya di waktu tidur diri mu tidak menjelma di dalam mimpi indah ku. Harapan ku setiap waktu agar dapat hidup bersama mu.Diselimuti rindu setiap hari, agar hadir mu dan akan ku tatang dalam jiwa dan hati.Pasti suatu hari diri mu tetap jua hadir ke sisiku serta ku sambut mesra dengan senyuman yang paling manis untukmu.
Semoga kita akan sentiasa bersama setelah kau ku miliki menjadi permaisuri ku nanti.Ku isi segala ruang-ruang kosong hatimu dengan wangian cinta seharum kasturi aroma kasih sayang dan cinta.Biarlah pohon cinta kita sentiasa berbunga mekar kembang sepanjang masa dan menyebarkan haruman setiap hari dan ketika.
Rindu padamu tak bergalang ganti kerana dikau sentiasa indah dimataku dan cantik juga pekerti mu di hatiku.Sayang fahamilah bahawa hanyalah dikau sahaja yang ku puja dan dikaulah insan yang teristimewa dalam hidupku.Masakan aku boleh melupakan dirimu kerana bahasa indah mu secantik wajah mu.
Terima kasih dari ku untuk mu.Ku sanjung budi pekerti dan budi.Hanya engkaulah kekasih pujaan hati dan pada mu seorang sahaja yang selalu ku nanti.Akan ku kirim rindu ku setiap hari diangin lalu, agar dapat kau sambut hingga meresap di jiwa mu.Sabarlah sayang menanti kepulanganku untuk aku menatap wajahmu sepuas hati.
SETIAKAH OMBAK MENEMANI PANTAI
Ombak tetap bertandang mengejar pantai dan tanpa jemu menemani setiap waktu dan ketika.Walaupun ombak yang selalu menjeru namun tanpa disedari pantai tetap juga terhakis sedikit demi sedikit.Namun pantai tetap jua menanti sang ombak menghempasnya.Setelah memukul pantai, ombak tidak jemu-jemu memecah buih-biuh terapung sepi, hingga membawa ke tengah lautan, terumbang ambing dibadai gelombang,Entah kemana dibawa olehnya tanpa arah, tanpa hala dan tanpa haluan.
Maka tersiksa buih jadi mainan lambungan ombak yang rakus tanpa hentinya, tanpa belas kasihan dan simpati terhadap nasib buih tetap malang sentiasa berpecah dan jarang sekali terdampar ke pantai.Adakah sang ombak setia kepada pantai sedangkan ia sentiasa menyakiti pantai, merosak malah akan merubah pantai.Begitulah juga nasib buih yang sering dilambung ombak tanpa pernah menerima belaian lembut sang ombak.
CINTAMU LAKSANA EMBUN
Begitulah nasib diri seandainya diri ini sudah tidak lagi begitu bermakna bagimu, benarlahlah cintamu umpama embun hanya bertandang seketika membasahi dedaun tetapi akan hilang lenyap ketika sinar mentari mula menyinar tanpa sempat dedaun hilang dari dahaga kasih mu.Namun ke esokan harinya embun tetap jua bertandang setelah menghilang sekian lamanya waktu, hanya sudi berkunjung di kala subuh dan pagi, namun seperti biasa hadirnya hanya menyimbah dedaun seperti selalu hanya untuk beberapa waktu dan ketika.
Amat berbeda sekali kesetiaan sang ombak yang tidak pernah mungkir janji, senantiasa mengejar pantai kerana rindunya setiap detik, saat dan ketika.Walau kekadang ia datang dengan perasaan bergelora namun ia tetap jua sudi datang mendakap pantai.Pantai juga tidak pernah jemu menanti kedatangan ombak yang terlalu akrabnya gandingan mereka meskipun kekadang pepasirannya dirobah sang ombak.Tidak pernah sang pantai merasa jemu menerima kehadiran kerenah ombak yang datang secara lembut ataupun kasar bentuknya.
SENYUM BERPALING MUKA
Walaupun riak muka mu sentiasa mengukir senyuman manis tapi aku tidak dapat memastikan betapa senyuman itu lahir dari hati mu yang ikhlas, pun begitu aku tetap mengaggapnya senyuman itu adalah satu senyuman jujur darimu.Biarlah hati mu bercanggah dari ketulusan sebenarnya.Bagiku senyuman mu itu adalah hadiah membahagia hatiku.Terlalu mahal untuk menerima senyuman dari bibirmu.
Aku tetap memujanya tanpa ada rasa apa-apa kekurangan darimu, tetapi jika selepas itu kau mencebik bibir bermasam muka setelah beberapa ketika senyuman bergula, sudah pasti aku membencimu kerana perbuatan itu menghilangkan kejujuran senyuman mu sebelum itu, kerana aku akan berduka kerana senyuman mu adalah penipuan nyata dan pura-pura mencabar kepercayaan ku terhadap mu.
Maaflah ...
SIAPALAH AKU DI HATI MU
Penatlah sudah ternanti-nanti pada orang yang tidak sudi menerima sekeping hati nan lara ini bagai menanti bulan jatuh ke riba walau kencana dewi yang di puja sekian lama semakin hari menghilang pergi entah apa yang dirajuk dan entah mengapa menyepi membawa diri dan hati.Puaslah sudah menanggung rasa dan sudah penat tertanya-tanya khabar berita.
Kini sudah kehilangan kasih sayang penglipur lara di tika dan saat aku masih memerlukan mu dan selagi kau masih mengharum wangi di taman hati nan sepi ini.Di waktu kau masih lagi berkembang dan berseri, tiba-tiba entah gerangan siapa menyunting mu dengan jari tanpa disedari.Maka kecewalah aku terpaksa merela melepaskan kau pergi berlalu bersama teman baru mu.
Walau di hatiku tidak boleh melupakan wajah mu barang sekejap sekalipun kerana mabuk ku pada godaan asmara mu sebelum ini.Tahulah aku dengan sikap kepura-puraan mu yang sanggup membiarkan aku terus menderita dan hidup dalam kecewa.Aku sedar bahawa diri ini bukanlah terbaik untuk mu dan hanya sesuai untuk dijadikan hanya barang mainan mu sahaja.
Aku mengerti bahawa aku bukanlah seorang yang istimewa, hidup miskin hina, tidak berharta dan kurang pula adat serta tidak berbudi bahasa.Maklumlah diriku ini bagaikan si burung gagak hitam yang hanya jijik dari pandangan mata mu dan tiada tara pula dengan kecantikan wajah mu laksana si burung merak yang cantik dan sentiasa di puja orang yang melihatnya.
Bagaimanapun demi menjaga hati dan perasaan mu biarlah aku menyepi dari hidup mu yang serba indah itu.Aku tahu sekiranya kau berada di samping ku, sudah pasti cela di mata orang memandang.Maklumlah aku adalah seorang yang miskin hidup tidak ketentuan hala.Rupa buruk, sudahlah dagang merempatlah pula.Biarlah aku pergi membawa diri demi kebahagian mu,
Siapalah aku ini yang tidak bernilai pada mu, aku hanya menumpang di sudut hati mu sehingga kau sisihkan aku ke tepi bak debu lekat di kaki terbuang hilang setelah di cuci.Maka turunlah aku dari takhta hati dan hidup mu yang semakin pudar sinar untuk ku dan tak mungkin mengisi selera mu untuk dipandang pun sebelah mata.Maka sepilah aku tanpa kau di sisi.
Kini aku adalah buih terapung lerai berlari di bawa ombak ke bibir pantai, tapi berkecai tidak dapat bersatu lalu tersasar di terjah entah ke mana.Mungkin terdampar di pulau sepi dan sudah tidak kau ambil peduli lagi, kini semakin berselerak dihentam ombak dan akhirnya dibawa kembali ke tengah menyesatkan aku tanpa haluan.
ALAHAI BEGINILAH SURATAN
Sang jalak megah di tunggul kayu mengalun suaranya yang merdu berkokok menyambut kedatangan pagi.Bayu dingin tetap berhembus membelai rumput dan pohon kayu yang dibasahi titisan embun yang tiada jemu menyiraminya sebelum terbitnya mentari.Akan tetapi entah kenapa mataku belum mampu pejam untuk lena barang seketikanya jua, fikiran melayang entah kemana mungkin terkenang akan peristiwa lama dan dosa-dosa kelmarin menyelimuti diri sepanjang kehidupan yang sukar untuk dilupakan.
Pun begitu di benak ku masih lagi tidak luput dalam ingatan ketika kita berdua hidup bersama menempuh seribu kenangan dan pengalaman.Kini kita dipisahkan waktu dan keadaan, entah kan bila saat manis itu akan menjelma kembali menyegarkan hubungan mesra kita.Biarlah ku kuatkan semangat cekal di hati memujuk resah jiwa perasaan sanubari untuk bersabar menanti kehadiran mu.Setiap detik yang ku lalui tidak pernah diri mu ku lupa dan ku harap kau pun begitu juga.Selamat pagi sayang semoga suatu hari kita akan bertemu lagi.
Mentari pagi kini masih mampu terbit dan amat terang, cerah dan ceria sinarnya, semoga tiada mendung bertandang mencacat keindahan hari.kedengaran riuh rendah suara kicauan burung meraikannya dan bertebangan mencari habuan makanan.Oh embun yang menitis dinihari sehingga ke pagi, kau sejukkan bunga-bunga di taman agar ia kembang mekar memberi keindahan menarik hati sang kumbang lara berterbangan mencari kesegaran bunga bermadu menguntum senyum menambat hatinya.
Oh angin lembut yang berlalu tanpa jemu menyapa dedaun dan pepohon kayu, kau sampaikanlah bisikan mesra kepada bunga mewangi dan kumbang-kumbang jati yang sedang tercari-cari.Disangkakan panas mentari hingga ke petang rupanya mendung di tengahari membawa hujan, maka sayulah sang kambing yang masih belum kenyang meragut di padang berlari menuju ke kandang bimbang kebasahan.
Akan tetapi sebaliknya memberi nikmat kepada rumput dan pepohon serta burung layang-layang dan sang kodok untuk bermandian hujan.Apabila bertandang senja semuanya pulang ke sarang, Maka tinggallah si burung pungguk menanti malam namun tidak sempat merayu bulan yang tidak kelihatan dilitupi awan.Malam tetap tiba, sang burung sudah sunyi lena di sarang, cuma tinggal si pungguk sedang meraba-raba di dahan dalam kegelapan.
Hiba hatinya melihat awan mendung bakal menyiram hujan yang sudah pastinya bulan terus bersembunyi lagi pada malam ini, entah bila akan menjelma di langit,Namun segelap mana pun malam sang cengkerek dan belalang masih sudi berbunyi menyanyi nyaring.Tanpa rasa jemu mempersembahkan suaranya untuk didengari oleh sesiapa meskipun tanpa ada yang meminta.Begitu juga suara sang kodok dan suara sang burung hantu sesekali bersahutan menikmati kedinginan malam.
SEGALA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT
Kekadang orang sekeliling memandang kita nampak tenang bagaikan permukaan tasik, itu hanya dari sudut pandangan tersurat, meskipun ada sedikit kocakan air sesekali ditiup angin lembut.Akan tetapi apa yang tersirat di bahagian permukaan tasik manakan dapat diselami kerana manakan nampak gelora dan arusnya di bahagian bawah permukaan air, entahkan berarus laju, berpusar dan bergelombang.
Begitulah juga dengan kehidupan manusia yang tidak pernah lari dari menghadapi pelbagai masalah dan rintangan kehidupan.Ada tikanya seseorang yang mengalami masalah itu begitu senang dan tenang, tetapi menanggung bebanan itu terasa amat berat untuk memikul segala masalah yang dialaminya.Hanya kesabaran yang dapat mengatasi apa yang tersirat terikat, bersimpul serta berbelit di dalam hati.
SEGUNUNG RINDU SELAUTAN KASIH
Aduh betapa mendung pagi ini mengundang segunung rindu selautan kasih betapa malapnya langit mengundang gerimis menambah kesayuan hati, sepi, sedih dan pilu tanpa seseorang yang disayangi menemani di sisi untuk menghibur hati.
Betapa cuaca sedingin ini membuat hati resah gelisah derita jiwa kerana dikau jua turut membisu dan membeku kata-kata bak bayu rindu tidak sudi menyapa di daunan layu, airmata turut membasahi pipi menusuk ke hati turut sama gerimis.
KENANGAN
Hari-hari berlalu laksana air sungai yang sentiasa mengalir meninggalkan seribu kenangan.Hari ini kenangan baru sedang menjelma.Hari esok pula bagaikan terasa lama untuk dinanti entah apa kenangan yang akan bertandang entah apa bentuk bakal menjadi kenangan.
Segala kenangan manis akan sentiasa dalam ingatan, boleh membuat hati selalu ceria dan riang, senyuman di bibir akan selalu terukir bila terkenang.Begitu pun kenangan pahit amat sukar untuk dilupakan dan akan menjadi seribu kesalan dan kekecewaan mengambil masa yang berpanjangan.
Oleh itu segala kenangan manis biarlah sentiasa segar dan berkekalan agar ianya sentiasa indah menjadi ingatan.Kenangan pahit, buruk dan menyedihkan perlulah dibuang dan berusaha untuk dilupakan supaya tidak menjadi bebanan hingga boleh merosak badan, fikiran dan harapan.
RANJAU CINTA BERDURI
Alahai bagai menduga lautan api, kita berenang dalam arus berbahang, ombak panas yang bergulung-gulung dan membakar diri.Bagaimanakah kita sanggup menguja hati yang sentiasa bergelora dalam dada.Bagaikan tidak tertepis lagi kehendak hati menggoda serta menggila yang bermain di fikiran kita.
Aduhai adinda bagaimanakah harus kita hadapi segala dugaan yang bertandang dalam perasaan tanpa disangka-sangka memaut kedua hati tanpa dapat terhurai lagi.Kita berada di persimpangan delima tanpa tahu arah tuju sebenar serta bercanggah haluan mana yang patut kita ikuti.
Kabur pandangan mata kita untuk memilih jalan mana yang lurus dan laluan mana yang berliku beranjau duri untuk mencari kebahagian dalam diri demi memenuhi sekeping hati yang terlalu mendesak jiwa, hingga boleh membawa hidup kita kearah kehancuran, kelemasan serta tenggelam dalam lubuk permainan perasaan.
Di hadapan kita terlalu gelap untuk dilalui, membuat kita teraba-raba mencari sinar cahaya dalam kegelapan dimana kabus terlalu tebal melitupi arah laluan kita.Mungkinkah ada sinar luntuk kita bersama.Sementara itu ayuhlah wahai kekasih kita rempuh sahaja segala halangan yang ada membatasi langkah kita,
Adakah kau lelah dan letih untuk menuruti langkahan ku, andainya kau tidak mampu untuk menurutinya maka ada dua pilihan untukmu samada pulang ke pangkal jalan atau meneruskan langkahan bersama ku.Marilah ku pimpin tangan mu agar kita berdua memperolehi cahaya atau pun kecundang dalam kegelapan.
APALAH HENDAK DIKATA ....
Alahai ibarat mengharap bulan penuh jatuh ke riba, hanya dapat dipandang dari kejauhan ibarat sang pungguk sedang merindu, sentiasa memuja dan merayu hiba mendayu-dayu, hati rindu kasih tak kesampaian.Aduhai umpama memuja sang bunga kembang mekar dan harum mewangi menghiasi taman tetapi berduri, mata hanya mampu memandang kecantikannya, hendak dipetik bimbang terluka jari.
Hendak dibiarkan hati sudah berkenan.Hendak ditinggalkan hati tak sampai.Betapalah berat mata memandang, beratlah lagi bahu memikul.Ingin dirayu bimbang tak sudi, hendak bermanja pada siapa.Laksana menempuh jalan berliku, sudahlah sempit dipenuhi pula ranjau berduri,umpama berenang di lautan api, ingin diduga terbakar diri.Hasrat hati menggunung tinggi, adakah sanggup untuk hadapi.
Hasrat di hati amat tinggi, bagaikan terdaya dan mampu mendaki gunung yang tinggi.Jalan berlurah berjurang dalam, silap melangkah jatuh terguling gelantang.Sedangkan usahkan bukit hendak melangkah busut pun tak berkemampuan.Digenggam tiris, hendak dilepaskan terlekat, nak ditelan mati emak, ingin diluahkan mati bapa.Yang dikejar tak dapat yang dikendong habis berciciran.Apalah yang hendak dikata mungkin sudah jadi suratan.
KASIH DAN SAYANG KU
Beginilah derita hati ini yang sentiasa sunyi dan sepi sejak kau berubah laku membiarkan hidup ku sendiri tidak berteman hanya keseorangan menempuh liku derita hidup sehari-hari tanpa simpati mu untuk menemani diri ini.Apalagi yang termampu bagiku hanyalah duduk termenung, merindu dan menanti hadirnya dirimu bersama senyuman manis yang dapat menghilangkan segala resah dan gelisah hati yang kekosongan ini.Ketiadaan mu amat menghancurkan hati ini, kosong dan hampa belaka bagaikan sebuah dermaga usang yang ditinggalkan tanpa kapal yang sudi berlabuh lagi.
Dalam kehidupan manusia pelbagai perkara dan peristiwa dilalui.Semakin berusia semakin bertambahlah pengalaman yang dirasai.Peristiwa yang ditempuh ada yang manis, pahit, masin, tawar, kelat, masam dan hanyir.Pengalaman indah teramat indah untuk dikenang.Biarlah kenangan manis sentiasa segar diingatan, pedoman dan panduan dalam meniti kehidupan,
Segala peristiwa pahit, getir dan buruk, jangan terus dilupakan dari kenangan, biarlah menjadi pengajaran untuk kita memacu masa hadapan agar lebih berhati-hati agar peristiwa ini tidak akan menjelma semula mengganggu kehidupan.Jadikan ia sebagai azimat yang amat berguna untuk membetulkan diri dari terus melakukan kesilapan demi mencari sebuah kejayaan.
KERANA BUDI
Apalah yang masih tinggal pada diri ini hanyalah secebis kasih untuk dipertahankan dalam menyayangi mu.Mana mungkin aku dapat membina sebuah lagi Taj Mahal untuk mu.Hanyalah secuit janji yang termampu aku zahirkan untuk menjaga diri mu dan dengan setia janji itulah yang aku harapkan agar kau masih mempercayai kejujuranku.
Hanyalah sekuntum senyum di sudut bibir yang termampu ku berikan untuk mu, walaupun hambar dan tiada manisnya, namun sekadar itu sahaja yang aku terdaya ku persembahkan untuk menceriakan hati mu, dan ku harap dengan senyuman setawar itu jua dapat membahagiakan diri mu.Walaupun tidak sepenuhnya mengubati calar dan luka di jiwa mu.
Begitulah yang aku harapkan agar hidup kita sekadar berlalu seperti biasa tanpa keindahan dan beraroma harum, itu sudah cukup bahagia bagi ku asalkan saja tidak bertaburan berkecai laksana kaca terhempas ke batu.Walaupun ku harap langit itu selalu cerah, namun adakala ada terang, ada mendung begitu juga ada tikanya hujan gerimis ataupun mencurah lebat bercucuran.
Pun begitu hidup mesti diteruskan jua walau hidup tidak selalu indah namun segala keikhlasan dalam diri ini diharapkan menyinar kebahagiaan milik kita.Aku tetap menghargai mu kerana kaulah satu-satunya insan yang berada di depan mata ku kini, meskipun kau ku pandang cantik hanya di mata tetapi tidak semestinya aku menerima mu seadanya di hati.
Walau berbagai angkara yang timbul, tidak pernah sedikitpun hati ku ingin melupakan diri mu.Jauh sekali untuk meninggalkan mu kerana aku tahu kaulah seorang insan yang banyak berjasa membangunkan aku dari lena panjang setelah terdampar kecewa sekian lama.Kaulah satu-satunya insan yang banyak berbudi pada ku ketika itu.Kecantikan budi itulah yang terpatri masih kekal di hati ....
KASIHNYA EMBUN
Ketika pagi dingin ketika fajar belum menyinsing, berduyun-duyun embun turun membasahi rumpun dan daunan pohon, walau pun dikala itu pohon, dan rumput masih lagi lena belum terjaga dari tidor dan mimpi sejak senja bertandang hari kelmarin.Embun adakalanya jatuh menitik dari daunan pohon ke tanah sia-sia begitu sahaja tanpa di sapa sepenuhnya.Namun setelah suria menampakkan senyumannya barulah pohon-pohon, rimbunan dan rumput baru terjaga dan hanya sempat beberapa ketika menikmati embun segar.
Setelah mentari mula menyinar cahaya berganda embun bagai merajuk menghilangkan diri, lesap hilang entah kemana.Mana sempat untuk pepohon dan rumput menghilangkan dahaganya dengan masa yang begitu terbatas lamanya.Apakan daya sudah sifatnya embun selalu di cemburui mentari.Terpaksa pula menanti embun esok pagi.Apalah diharap pada kasihnya embun hanya berkunjung seketika untuk daunan dan rumput melerai lara, hilang di tiup bayu maka tinggallah mimpi di siang hari.

JODOH YANG TAK KESAMPAIAN
Dalam menentukan jodoh, kita hanya merancang namun Allah yang menentukan, tidak semua yang kita rencanakan menjadi kenyataan, kekadang kita mencintai orang lain tetapi bila bertemu jodoh dengan orang lain.Janganlah kecewa kerana itu adalah suratan yang ditentukan Allah.Redha dan terimalah seadanya, apa yang dikurniakan itulah yang terbaik untuk kita.
Mengapa harus kita berputus asa kerana gagal memiliki seseorang yang kita kasihi untuk dijadikan isteri, bukankah masih ramai lagi yang menanti dan salah seorang darinya mungkin itu yang bakal kita miliki.Usahlah terlalu kecewa seandainya harapan tidak terlaksana, mungkin diri kita atau diri pilihan kita itu tidak dapat dimiliki itu ada kekurangan dan kelebihannya dan tidak bersesuaian untuk dijadikan pasangan jodoh kita.
Sedalam mana kita mencintai seseorang jika bukan menjadi milik kita tetap bukan jodoh untuk kita. Sejauhmana setianya kita pada kekasih kalau bukanlah untuk kita tetap bukan untuk kita.Sesungguhnya kita tidak mengetahui dengan apa yang Allah mengetahui. Kita hanya merancang tetapi Allah jualah yang Maha merancang akan segala apa yang terbaik terhadap makhluknya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan