Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungkai adalah dibawah tadbir Jabatan Perhilitan, dimana Pusat ini telah ditubuhkan pada 1971 dan menempatkan binatang perlindungan seperti rusa, seladang dan burung-burung kawalan seperti merak, kuang, enggang, mata merah dan sebagainya.
Pusat ini terletak lebih kurang 15km dari Pekan Sungkai.Dibuka pada hari dan waktu bekerja.Setelah berkesempatan melawat kesini memang menyeronokkan kerana dapat melihat hidupan liar yang jarang dan tidak pernah ditemui sebelum ini.
Rusa yang terdapat disini adalah rusa yang sememangnya hidup dan berasal dari hutan Malaysia yangmana bilangannya berkurangan akibat kemusnahan hutan dan aktiviti perburuan.Untuk mengelakkan kepupusan maka Pusat Pemuliharaan ini telah membiak dan memulihara rusa-rusa tersebut sebelum dilepaskan semula kehutan.Rusa yang terdapat disini dikenali sebagai Rusa Sambar Malaya.
Selain rusa disini juga terdapat pemuliharaan haiwan seladang, yang memang berbadan gagah, bengis dan suka hidup dalam kumpulannya tersendiri.Seladang merupakan spesis lembu yang terbesar didunia tetapi seladang di Malaysia adalah kecil sedikit dari seladang di negara lain di Asia.
Semasa melawat Pusat Pemuliharaan Binatang liar di Sungkai barulah dapat tahu bahawa seladang ini tidaklah sebanyak mana yang tinggal di hutan Malaysia akibat habitatnya terganggu dan akibat pemburuan.Adanya pusat ini adalah diharapkan genarasi akan datang dapat lagi melihat rupa seladang dan tidak pupus akibat kerakusan manusia.
Disamping telah diberi taklimat oleh Pegawai Perhilitan dan kami turut dibawa ke Galeri Pameran di situ dan mengenali haiwan-haiwan lain yang telah diawetkan.Pegawai Perhilitan disitu sungguh mesra dan memberi layanan yang cukup baik.Terima kasih dan sekiranya ada kelapangan mahu sahaja kesana lagi..
Bergambar bersama Pembantu tadbir RISDA Bidor Puan Jamilah Jamal di Galeri Perhilitan Sungkai.
Rombongan Pegawai dan staf RISDA Batang Padang Daerah Tapah di Pusat Pemuliharaan dan Pembiakan Seladang diberi taklimat oleh Pegawai perhilitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan